Lama tak pos berkongsi cerita di blog ini. Kami dah berlima! Itu gerutus kecil jika melihat pada bilangan.
Ini bukan beranda rumah kami, tapi some where yang jauhnya 3 jam dari permastautinan kami. Saja mencari angin sejuk selepas tamat tempoh keberpantangan ibu setelah melahirkan Daaris Hakimi.
Tahun 2017 sebenarnya ia berlaku dan pada tahun lepas itu, 2 kali ke Cameron Highland. Kini teringat lagi Cameron, especially bila cuaca panas yang terik dan hangat sekarang. Seronok sebenarnya apabila keluar bercuti sekeluarga. Bagi yang tiada keluarga, mesti keseronokannya lain. Walaupun mungkin habis sedikit duit dan masa, namun masa terluang dalam kebersamaan ini sukar diisi dan dicari. Lebih-lebih lagi jika masing-masing sibuk memikirkan dunia kerjaya dan mencari duit yang sentiasa dicetak-cetak.
Keluarlah dan bermusafirlah, nikmati masa dan saat bersama tersayang!