Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, July 31, 2007
Appoinmen kat General Hospital
Arini ada epoinmen kat GH pasal Damia, epoinmen dapat dah lama iaitu sejak 4 bulan dulu lagi..sejak damia muncul menangis di dunia ini hehe...so tadi dia yang nak tido lagi lepas menyusu kul 7 pagi tu kena ulik-2 mayang la di papa dia..mana leh tido comel weh hehe..pas diusik-usik main geliat and tido balik jer, so alternatif kedua angkat jer dia hehe...letak depan tv ..apalagi, menggeliat dan tersengih la..pastu terus bogel kan dia sementara ibu dia isi air dalam tab with hot water..then papa pun mandikan...one thing about mandi ni kan, damia suka mandi especially kalau air tu hangat macam princess mandi laa...so demi menjamin kualiti senyum damia pagi ni berkekalan maka air mesti gerenti hangat la utk dia...papa dengan ibu mandi air sejuk pun takpe laa...sepanjang perjalanan damia just watching through window melihat tiang-tiang lampu dan pokok-pokok yang ditinggalkan, waduh bersastera la plak...senang ejr cari wad pediatrik, signboard pun besar...selepas register..lama la sikit menunggu menyebabkan damia dah boring, lagi pulak masa tido dia terganggu dah, she should sleep after 7 am and bangun at 9 or 10 am, tapi ni dah tersasar so apalagi..dia meraung la kat spital tu huhu..masuk bagi susu dalam bilik menyusu pun dia tolak, menangis dulu uwaaa...uwaaa...alasannya nak buai, waduh, mana nak cari damia weh...so ibu dia kena la dodoikan till tertido...masa doc check pun dia tido, bila doc usik-usik suruh bangun nak test hearing etc., dan lagi dia senyum bila celik mata...itu la my sweet daughter! mmmuahhhh....
Wednesday, July 18, 2007
Perasmian Minggu Ilmu Kemanusiaan 2007
Pagi tadi ada agenda utama sempena MIK 2007 ini, semua staf PPIK kena pakai baju batik, notis last minit..akibatnya sebahagian yang terlepas info terpakai mencari blazer nak cover 'lain' ahaks, nasib baik semalam dapat sms daripada member hehe, dapat la bergaya sket dengan baju batik ni...santai sikit daripada kena take-in..vip yang datang tadi ialah TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Gabenor Penang la...berstatus seperti Raja...pukul 9.00 pagi dia mai, so arini aku terpaksa la datang awal sedikit dalam kul 8.00 pagi, tak sempat tunggu Damia bangun huhuhu...aturcara rasmi seperti biasa la, semua vip bagi ayat sepatah dua, tarik tu, tarik ni, sign situ sini, diakhiri dengan makan...maka settle la belake sereme..aku pun masuk bilik semula la...ada banyak keje lagi tak terbuat! petang ni plak ada kuliah kul 2.00 ptg...takpe laa...cuma sekarang ni tengah pikior nak balik makan tengahari ke tidak, maybe tak kut...sebab tadi dah baham nasi goreng plus bihun masa perasmian...okay la sementar deh...
Tuesday, July 17, 2007
Damia anakku....
nak citer ni, damia semalam bukan main wat tak boh tido...orang dah nak masuk tido dah, jam pun dah kul 12.00 tengah malam lebih tapi dia dengan mata bundarnya yang ayu segar tu masih mahu berjaga...sikit-2 nak kiyeh macam awek manja, geram la jugak tapi anak tunggal ni kenalah jaga hehehe...so bekerja keras la si ibunya lepas bagi susu, bagi susu, bagi lagi till dia lentok..tapi bukan lentoknyer, sengih lagi pastu...strategi kedua digunakan dengan letak jer dalam buai tu sambil ayun...tapi menggeliat jer dia nak bangun..terhugah-hugah kaki dan tangan...aktif sangat till tadok orang layan, dia pun mula menangis ler...bila nangis tu dah mula masak sikit baru la angkat and bagi susu lagi eheheh...nak suruh jugak tido, iyer la jam dah dokat kul 1 pagi, esok den nak pi keje...ibu memang tak pi keje tapi kesian la dia ratik, dah la siang tu pose..mesti keletihan kan...akhirnya tertido jugak my sweet heart ni...best leni bila tengok dia semakin membesar dan mula kenal erti panggil, mula belajar tatap muka ibu bapanya...ehemmm...miss you darling!
Aktiviti Forum 50 Tahun Kemerdekaan...
jumpa lagi before balik...sat lagi nak pukul 5 ptg..nak solat dulu then baru...bukan balik lagi, tapi kena pi Dewan Kuliah A sebab malam ni ada forum 50 tahun kemerdekaan, aku kena pi la untuk rehearsal dan persiapan last minute, maklum la jadi bendahari..keje wat sket jer sebab duit korek tabung hep dan ppik jer...kalau kena cari tajaan luar baru la haru..nasib baik noo...tapi apa jer nak buat petang ni ekk...maybe nak tengok rostrum nak letak mana, bilik vip duk tang mana,vip just Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim jer with Datuk Seri Yusuf latif sejarawan belake ni...aku dok kenal the latter tu...apa pun hopefully tonite program will succeed la, DK A sebenornya kecik jer dalam 200 punggung jer boleh letak..dengar katenyer deme ni pakat kerah anak didik masing-2 serbu untuk penuhkan kerusi ni tonite, alahai muat kaa den pun tak tahu...tak tahu...
Monday, July 16, 2007
Edit-editan as co-editor
mata ni rasa semacam jer, mengadap tulisan-tulisan arab yang berketul-ketul ni..jangan la bila tengok cermin dilihat rupaku yang lain macam si kucing ni haa...tengah edit teks arab ni sebab bulan depan nak terbitkan buku hadis sempena Seminar Kebangsaan Tokoh-tokoh Hadith...artikel arab ni pulak dibuat oleh tok arab yang mengajar kat uia nun...jenuh nak baiki sistem numbering dan font arabic yang lari ni, maybe sistem arabic yang digunakan tidak sama dengan pc kat usm ni, maka hilang dan lari la beberapa word...hai, dah berpuluh jam dah nak kena buat lagu ni, pihak penerbit plak takut nak buat sebab kut lari maksud dan terpadam...maklum la dalam arabic...so den la kena buat...member lain, entah laa...maybe malas den nak approach...cerewetnya yang nak kena buat tu edit satu persatu...aik, memang la edit kena buat satu persatu...haa tau takpe hahaha...sajer jer ni, before off pc, nak balik dah...arini my wife pose ganti...maklum la dalam dua bulan lagi Ramadhan nak menjelang, so kepada seme wanita...tak reti-reti nak ganti ker? ermm...alahai!
Damia lagi....
nak jadi citer, kul 10 my wife dimasukkan ke labour room...isyh tak senang duduk la den pun, maklum la first experience kan, mana tahu kutnya sat lagi terus nak dapat damia...rupa-rupanya lama weh la lagi...selepas sejam dalam labour room, nurse tubit tanya nak teman wife tak?off course la nak teman...risau dan kesian dia sorang-sorang nanti...so, den pun masuk la...sampai solat jumaat menjadi solat zohor...then minta kuar jap dekat nak asar untuk perjelas tuntutan agama sat, sambil berdoa keselamatan kedua-duanya...before that pi hantar hasanah dulu balik ke rumah sebab dia keseorangan kat luar hospital, kut jadi apa-apa kat dia, alahai dua kali pening kepala kan...kat rumah dia boleh makan, tido and menjadi sekretari to all the family yang asyik duk sms, call tanya perkembangan...kul 5 masuk balik kat labour room..ani dah start menangis kesakitan, sesekali menjerit ringan ahaks...sakit wooo...bunyi degupan jantung damia pun semakin kuat melalui mesin yang bertepek dan bertali arus tu...duduk di bilik tu perasaan memang tak tenang, especially bila sakit datang..apa orang panggil tu, alahai lupa la plak...kat bilik-bilik sebelah kedengaran lepas satu-satu orang lain dah ebrjaya melahirkan baby, my wife tak lagi...lambat, sebab bukaan slow tak gerak..sejak kul 11 pagi bukaan remain 4 - 5 cm...doktor nak 10 cm baru la boleh push betul-betul...dekat kul 7 baru naik ke 6 cm...kul 8 jadi 8 cm dan oleh kerana dah menjangkau 24 jam dah berlalu sejak air mentuban keluar, maka mula kul 8.105 doktor dan mak bidan dan semua sekali mula berkerumun bagi sokongan kat my wife...push-push....till 8.25 gitu keluarlah damia....hihihi...hepi...segala kesakitan dan pekikan perlahan dah habis...baby dah selamat, gitu juga mak baby..bapak baby apatah lagi, syukur alhamduliLlah...
Friday, July 13, 2007
Sambung citer...Damia
sampai hospital tunggu kat sejam lebih gak untuk masuk wad, doktor check dulu lagu-lagu mana...tapi confirm tak dapat balik dah walaupun Ani tak sakit...after settle semua masuk wad, kat kul 10 kut...kuar jap pi beli nasi dan air serta barang2 duk spital ke Ani, biar la tinggalkan dia dengan segala keperluannya...pah setel belake, aku pun balik la dgn hasanah...tengah malam Ani sms dia mula sakit kira2 kul 3.00 pagi tapi selang masa sejam sekali...tapi kekadang tak sakit pun kata dia..tu kata dia noo bukan aku kata, ahaks! esok pagi with hasanah pi spital lagi, bawa breakfast...bersambung lagi!
MINGGU ILMU KEMANUSIAAN 2007
Arini sibuk memanjang dengan gerakerja akhir untuk minggu ilmu kemanusiaan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 2007 yang bermula senin depan...para pensyarah dah jadi macam student kena buat aktiviti, cari tajaan dan membentuk jawatankuasa itu ini...aku kena dua tugas huhuhu...semuanya last minit sebab terikat dengan pegawai-pegawai lain, kalau orang lain lengah, maka terlengah la aku...tapi nak wat lagu mana, amanah dan tanggungjawab kena la biar sempurna, buat yang terbaik...tengahri pun tak sempat nak balik jenguk damia...sian damia, papa sibuk laa...petang ni plak on the way balik nak kena singgah kat tesco extra jap, cari mentol lampu bilik air yang sudah kongg..
Thursday, July 12, 2007
Kedatangan Damia Nur Jasmine
Petang 29.03.2007, kira-kira pukul 5.30 petang ketika sedang ralik lagi kat ofis melayani kerja-kerja yang sentiasa ada, tiba dikejutkan dengan panggilan daripada isteri tersayang, menyatakan "airnya keluar tidak henti-henti!"...mulanya disangka terkencing dan cuba mengambil semula wuduk kerana ingin menunaikan solat asar, tetapi air tetap juga keluar tanpa henti, masa tu adik ipar hasanah pun ada di rumah...measing-masing kelu untuk meneka "mentuban dah bocor"...panik campur terkejut...dapat call, i pun panik juga, terus terlintas mengenai perkara yang sama, lantas call jer kak zan, penasihat kekeluargaanku...so, confirm then terus off komputer dan menerpa balik, suruh bersiap untuk ke maternity hospital...nak jadi citer hujan plak turun lebat dan mencurah-curah...panik punya pasal, ajak kak zan dan Dr Fazal sebagai penunjuk jalan sebab risau damia mungkin akan keluar...tapi Ani belum sakit apa-apa...itulah takde pengalaman, so pergilah ke hospital dengan dua kereta, kete kak zan sebagai penunjuk jalan (senang untuk dia balik awal) dan kete aku dengan Ani dan Hasanah....kemudian, alah bersambung la dulu, dah lewat ni nak balik...
Keluargaku
Subscribe to:
Posts (Atom)