Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Monday, July 16, 2007
Damia lagi....
nak jadi citer, kul 10 my wife dimasukkan ke labour room...isyh tak senang duduk la den pun, maklum la first experience kan, mana tahu kutnya sat lagi terus nak dapat damia...rupa-rupanya lama weh la lagi...selepas sejam dalam labour room, nurse tubit tanya nak teman wife tak?off course la nak teman...risau dan kesian dia sorang-sorang nanti...so, den pun masuk la...sampai solat jumaat menjadi solat zohor...then minta kuar jap dekat nak asar untuk perjelas tuntutan agama sat, sambil berdoa keselamatan kedua-duanya...before that pi hantar hasanah dulu balik ke rumah sebab dia keseorangan kat luar hospital, kut jadi apa-apa kat dia, alahai dua kali pening kepala kan...kat rumah dia boleh makan, tido and menjadi sekretari to all the family yang asyik duk sms, call tanya perkembangan...kul 5 masuk balik kat labour room..ani dah start menangis kesakitan, sesekali menjerit ringan ahaks...sakit wooo...bunyi degupan jantung damia pun semakin kuat melalui mesin yang bertepek dan bertali arus tu...duduk di bilik tu perasaan memang tak tenang, especially bila sakit datang..apa orang panggil tu, alahai lupa la plak...kat bilik-bilik sebelah kedengaran lepas satu-satu orang lain dah ebrjaya melahirkan baby, my wife tak lagi...lambat, sebab bukaan slow tak gerak..sejak kul 11 pagi bukaan remain 4 - 5 cm...doktor nak 10 cm baru la boleh push betul-betul...dekat kul 7 baru naik ke 6 cm...kul 8 jadi 8 cm dan oleh kerana dah menjangkau 24 jam dah berlalu sejak air mentuban keluar, maka mula kul 8.105 doktor dan mak bidan dan semua sekali mula berkerumun bagi sokongan kat my wife...push-push....till 8.25 gitu keluarlah damia....hihihi...hepi...segala kesakitan dan pekikan perlahan dah habis...baby dah selamat, gitu juga mak baby..bapak baby apatah lagi, syukur alhamduliLlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment