bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, October 24, 2007

Puasa 6 Syawal

Bulan Syawal ni bukan hanya disambut Hari Raya Puasa (disebut juga Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri), malah ada sambutan lain yang lebih besar iaitu sambutan berpuasa tambahan untuk mendapat keberkatan yang lebih..Selepas tarikh 1 Syawal, hanya 1 hari ni jer diharamkan pose, umat Islam amat digalakkan untuk berpuasa semula iaitu sekurang-kurangnya enam hari daripada Syawal ini. Ia adalah kesinambungan kepada puasa sebulan pada bulan Ramadhan di mana nilai ibadatnya adalah bersamaan dengan puasa sepanjang tahun. Rasulullah s.a.w ada bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun (Hadis riwayat Muslim)”. Galakan puasa ini adalah merupakan satu lagi tanda Rahmat dan Pemurah Allah SWT kepada penganut-Nya iaitu walaupun dengan amalan yang kecil, ganjaran yang diberikan adalah besar. Maka beruntunglah mereka yang berlumba-lumba mencari kebaikan dan keredhaan Allah.
Justeru saudaraku seislam, marilah kita pakat-pakat pose….

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin