bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, February 14, 2008

Demam Pilihanraya ke-12: A Conflict!

ermm..ibu mia baik demam, sekarang satu negara pula demam khususnya para pemimpin parti dan penyokong-2 yang saban waktu mengira untuk memenangkan parti masing-masing. Mia tak daftar mengundi lagi tahun ni hehe..so tak dapat la mia nak balik mengundi..undi pos boleh tak ekk? tak boleh mia, undi pos hanya untuk anggota keselamatan saja, itu pun dikecualikan pak guard usm dan segala pak guard lain terutama yang dilantik drp kalangan bangla, vietnam, myanmar dsb..lagi haru!

Hai, tak tahulah bila tarikh pilihanraya yang akan diumumkan tengahari nanti. Papa mia rasa macam tak boleh balik jer sebab sepanjang bulan februari dan mac ni banyak sangat aktiviti desasiswa..termasuklah di hujung minggu, diari papa-mia penuh conteng dah..
22 - 24 Februari Sukan antara desasiswa
27 - 28 Februari Seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo
29 - 2 Mac Temasya Olahraga Tahunan
5 - 6 Mac Seminar Antarabangsa Andalusia
7 - 8 Mac Citrawarna
14 - 16 Mac Sukan antara desasiswa (sambungan)
21 - 23 Mac Kursus Perkahwinan
23 Mac Malam Junjungan Budi

Haa...full house program. macamana tu nak balik mengundi? Melainkan pihak universiti meminda salah satu daripada tarikh-tarikh di atas, tapi kalau pinda nak isi kat mana sebab start bulan April student dah exam...mesti dalam lingkungan bulan ini juga..ermm alahai, mari la mari...kita mengundi...nampaknya mengundi dalam hati doh! mesti ada orang kampung yang marah ni..takut mea nnati, jangan marah noo org kampung! hehe...

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih berdaftar 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505

Latest Info: Dengar citer, USM telah meminda semua program terdekat sehinggalah pada 8 Mac ke tarikh baru sekitar 22 Mac nak bagi laluan kepada voters to celebrate raya yang 5 tahun sekali! Ada Konvokesyen khas pada awal Mac ni pun kena pinda, pegwai Universiti tengah mengadap Tuanku Canselor ni minta tarikh baru..itulah hebatnya pilihan RAYA!

4 comments:

chekdenoor said...

chekdee tak pernah mengundi ... walaupun hanya sekali ....hehehehe ..... chekde tak minat politik ... chekdee rasa semua nyer macam tak betui.....

nantilah... chekdee ingat nak bertanding... nak jadi bakal PM wanita pertama..... tapi tak tau nakmasuk parti apa...heheheh

Tinta Pendeta said...

eh iyeke chekdee..tapi tiba2 nak jadi PM ek hehe, mesti ada penyokong kuat ni...saya dah 2x mengundi, tapi biasa jer la pangkah jer...tahun ni macam excited nak mengundi sebab nak try masuk undi dalam transparent box dan celup dakwat...baru diperkenalkan..

chekdenoor said...

lepas semak kat daftar tu....chekdee kena ngundi kat kg beserah....heheheh...ini sure keje mok kemaman ni...dia yg daftarkan tu....hmmmm tapi chekdee memang tak pernah g ngundi.....

chekdee tak suka cara orang mana-mana parti....sama jer...bila berkempen...selalu jer cerita buruk orang lain....tak baik gitu....

so...baik jangan terlibat

Tinta Pendeta said...

haa..beserah, jauh tu nak pi..memang itulah org politik, nak undi baru nampak muka, sebelum tu ligan eksyen he3..ni mcm wakil kat kg saya la hu3...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin