Isnin 28 April 2008
Seme peserta tour bandung-jakarta berkumpul kat desa aman-damai, dengan bas datang dulu drp orang lain…papa-mea just parking kete kat depan pejabat aman and naik bas seme…kul 5.30 bertolak ke airport bayan lepas and in half an hour sampai la plus jem orang balik keje arini…
Kat airport terus kumpul beg dan aturkan depan check-in konter…tinggal agen kat situ tapi staf airasia ada lorat sorang nak tengok gak muka peserta instead of agen dah pegang passport we all, normally tak payah-nyer…so, yang sedang makan kat kopitiam exetras kena la beratur balik, but the role is panjang already..tadi we all at the 1st place doh…so, dengan ramai orang dan 1 konter operate to Jakarta, we all kena tunggu almost an hour…pastu kena bergegas ke imigresen plak, time dah lewat 8.10 pm dah (flite 8.50)
Masuk flite lewat sket dalam kul 9.00 pm, biasa la airasia…cap Indonesia plak, lambat bangat prosesnya…and so, we all terbang dgn cewek-cewek indon la…oleh kerana lapar, beli nasi goreng & tea celup dalam flite, kosnya Rp.25,000 dan Rp.8,000 gitu…penerbangan dalam 2 jam 10 minit, sampai di bandara (Bandar udara) soekarno-hatta jam 10.20 (tolak sejam waktu penang)…
posing kat lapangan terbang antarabangsa soekarno-hatta
tunggu bas pariwisata (pelancongan) dalam 30 to 40 menit (ejaan indon)..then, naik and terus menuju ke bandung…dinner diedarkan dalam bas, takde kuah..ayam masak mcm rendang gitu, tapi itulah style makanan di Indonesia, kat bali dulu pun gitu jugak…perjalanan ke bandung almost 2 hours, ramai tertidur keletihan after dinner and sampai dalam 12.40 pagi waktu tempatan di hotel Yehezkiel, ambil kunci bilik, solat magrib-isyak yang tak sempat kat bayan lepas tadi, then tidoq…
Selasa 29 April 2008
Subuh kat bandung ni 4.30 pagi..kul 6.00 tu memang dah cerah benor, wake-up call pun kul 6.00, bermakna dah subuh gajah tuh…mandi and prepare mea secantiknya…semua nampak lesu jer sebab tidur around 3 hours jer…jam 7.00 breakfast dengan menu nasi goreng yang tak best huhu…bandung ni termasuk dalam wilayah jawa barat, so kira masakan jawa la kt sini…papa makan sket jer, tak lalu sangat..ibu mea berselera makan nampaknya hehe…mea plak ikut selera papa dia hehe…
berkumpul luar bilik sebelum keluar jalan-jalan
Aktiviti pagi ni ialah tour ringkas kenali Bandar Bandung...bermula kantor gabenor jawa barat...ibu-mea takde kat atas ni sbb mea tengah tido dlm bas..
then, muzium kenferensi asia-afrika yang mengingati sejarah lahirnya Negara-negara berkecuali pada 1955…masa ni Malaysia still under colonial lagi, so takde wakil…
ini ruang dewan konferensi tu..besar and pernah diadakan 2005 aritu for jubli emas
kepadatan rumah dbandung dilihat drp atas highway
after pusing keliling, berhenti lunch di Restoren Wilujeng Sumping, makan msakan sunda…bagi papa, masakan sunda kedua best selepas masakan padang, masakan lain sori not listed sebab tak sedap, sunguti ni kabo…after that balik ke hotel untuk mandi n tukar pakaian rasmi..
lauk yg dihidang, ikan tilapia ke ni...entah la..
posing selepas kenyang..mea lak baru bangun tido...
Petang ada program rasmi dengan wakil Institut Teknologi Bandung (ITB) yang disebut disini “ie-te-be”..perjumpaan ini hanya sebagai pertukaran idea dan maklumat dalam pengurusan pelajar, kursus dan pendekatan pengajian…termasuk melihat peluang pelajar utk pursue their study here…ITB ni glamer sebab ia adalah universiti paling top di indon (dikatakan oleh my bos) berbanding gajah mada etc…after that nikmati jamuan makan yang dibungkus dalam kotak…itulah style indon gak, kuih 3 biji, tisu dan cup mineral water diletak dalam kotak dan diagihkan, we all wat makan dalam bas jer…
Mea bersedia utk ikuti kuliah di ITB
bergambar kenangan kat ITB..berjaket hitam adalah penggawa (big bos), En. Nazru, paling kiri Pn. Siti Rokiah (PPA), then Mohd Jaya (YDP Pelajar) dll...semua peserta actually dpt jaket koko (free)...pengurusan dpt 2 jaket, hitam dan koko hehe...tq boss!
then we all ke gedung Heritage, stamp dan cascade...serta sekitarnya utk shopping di pasaraya di sini yang lagaknya macam separa-sogo…tapi tak sebesar KL...papa beli stoking jer ahaks, ramai orang beli baju jenama polo, hugo, etc yg dijual murah compare harga kat malaysia…
depan pasaraya StaMp
After that we all go to dinner…kat sini hidangan utk we all lambat disediakan tapi masakannya pun best, daging (bhgn ribs) dimasak macam tomyam, tapi bukan tomyam..macam asam pedas melaka, tapi bukan asam pedas…entahlah, namanya papa ada tanya tapi lupa dah nak sebut…ibu mea siap bungkus satu untuk makan kat bilik nanti hehe, maklum la dia makan utk ‘2 orang’ tuh…papa orait jer! Actually makan malam ni bersama dgn wakil dari universitas padjadjaran, but hingga we all habis makan pun depa tak mai…yang muncul akhirnya ialah 5 orang wakil pelajar mereka shj, 3 indon..2 malaysia yang sedang buat medic kat sini…so treat mereka kejap, tapi sebab lama kat sini dgn baby yang dah bising…boss suruh we all balik dulu ke hotel dan dia dgn beberapa orang yg lain tinggal excluding papa, ermm best gitu!
mea pose malas-malas comel semasa dalam bas...
Rabu 30 April 2008
Lepas sarapan, we all ke Universitas Padjajadran (unpad), kampus iwa koesoema soemantri bla..bla…disambut oleh persatuan pelajar Malaysia dan pengarah hubungan korporatnya…ada dialog sikit, tukar-tukar minda dan pengalaman, bergambar kenangan, makan and then, disperse…pelajar Malaysia yg mai dalam perjumpaan ini semuanya pelajar perubatan drp kampus unpad kat lain about an hour dari sini, respek la depa ni dapat mai sambut us…
bergambar depan Unpad...ramai berkumpul nak bergambar ni..
bersama studen Malaysia di Unpad dan USM serta staff sekali..
Pelajar Unpad tinggal helmet gini jer, tak hilang plak nooo...
Then, we all singgah jap kat kedai jual makanan tradisional bandung iaitu “kartikasari”…rupanya pek makanan semalam kat ITB disorder drp sini…roti dia sedap especially yg ada inti daging berempah tuh, not bad laa….ada gak kuih yg pelik dan sbhgn we all tak makan pun, yg letak lada cili padi terjulur sebutir, bentuk macam buah bom tapi ada cili huhu…macam ibu mea makan tu (dalam kotak kertas)
later on, singgah lunch di restoren yg dikenali “rumoh makan raja melayu”…..makanan tak sedap mana pun hehe…tapi wat pelapis perut okay la…kat sini, mea leh main ikan yg dipelihara kat situ..
Antara kawan Mea dalam lawatan ni, 'Ayuni" anak En. Shah + Su (org losong kitee)
yang ni pun nama "ayuni" anak Pn. Siti Hawa dan "Adam" anak Pn. Jana
Destinasi seterusnya ialah ke Pasar Baru….memang pasar pun kalau dilihat kok gambarnya…kat sini we all diperuntukkan 2 jam…wow, masuk kat dalam penuh barangan dan orangnya…papa dan ibu plus mea berpecah dari crowd terus mencari surau (kat sini disebut musholla)…bereskan tuntutan agama dulu..after that baru shopping mopping…kat sini memang banyak dijual tudung ala jawa, kain sembahyang yang bercorak-2, baju berjenama, barang kulit esp. jaket kulit…original beb dan harga memang murah separuh drp kat Malaysia…so instead of beli stoking ajer semalam, today papa habiskan setengah juta beli jaket kulit hehe..ada 2-3 orang beli jaket kulit..leh la wat bergaya gi meeting malam2 lepas ni…ibu mea seperti biasa borong barang pompuan…2 jam kat sini rasa sementar jer, kena la naik bas plak…
banyak kerepek / keropok bergantungan dgn orang ramai..
Kami dihantar seterusnya ke ‘rumah mode’ iaitu factory outlet…fuyooo kat sini pun banyak barangan berjenama yg murah dan spesiul, kedainya macam isetan kat KLCC tapi harganya murah beb…inilah kut ramai orang Malaysia suka shopping kat bandung ni…kut jer laaa…then, before balik we all dinner kat restoren ‘sindang reret’ tapi masakan sini kureng, supnyer ngak menjadi..tapi dah lapau, bedal ajer laa…
Mea posing 'malas' sambil tengok iklannyer...
Khamis 1 Mei 2008
Arini we all bangun lebih awal, kul 5.00 pagi dah wake-up call..kul 6.00 breakfast then check-out dan terus menuju ke Jakarta…bertolak awal sebab arini ari cuti (libur) dan elak kereta banyak yg balik kampong, bersiar-siar dsb..kut dibimbangi jadi jemm (macet)…bas lalu ikut jalan lama tanpa highway sebab on the way ni we all nak singgah beberapa tempat…
rasanyer, ia dinamakan 'pipit'...ubahsuai drp motosikal roda tiga ni..
antara teksi kat sini, naik anytime...ada juga penjual paper kat traffic light dan peminta sedekah huhu..
plaza tol di sini...bayar dalam rupiah yuk..
on the way, kereta kuda masih still digunakan di jalan kampung di bandung ni...
maybe inilah yg dinamakan "hentian kereta kuda"
Banyak ubi dijual di tepi-tepi jalan perbukitan ni...
yang putih tu adalah 'tapai ubi kayu' style jawa barat, ubi direbus dan dicampurkan yis..diikat dan digantung dalam oben-nya…papa nampak ada benda terbang jer hurungi ubi gantung ni, hai leh makan ker…tapi itu la kan, lain padang lain belalang…lain orang lain ragamnya…
panorama jalan kampung di jawa barat ni, ada juga sawah padi bertingkat..
kawasan padi luas jugak noo..
antara teksi-van kat sini...on the way ke cipanas
istana hinggap Presiden kat Tanah tinggi Cipanas
We all singgah kat taman lumut di pergunungan jabar ni (jawa barat), wilayah cipanas…macam botanical garden jer, actually, nothing kat sini..pemandangan pun tak berapa cun sangat, ramai penjual kecil-kecilan yang jual cenderamata kat pelancung, ramai ahli kumpulan ni beli tempe goreng yang bersalut bayam..pelik kan? Papa tak berani nak rasa…ibu mea rasa sket…then, we all lunch masakan padang kat restoren simpang raya di cipanas ni…masakan ni jer best, tapi leh makan sket jer sebab mea tak senang tengok we all makan sedap huhu…
Orang nak berjalan, but Mea still hormati time tidurnya...
Mea bangun, sempat posing with her ibu..
Posing dgn papa plak, kat belakang tu adalah salah sorang our tour agen..sibuk nak book restoran pasni kut..
On the way..lalu lereng pergunungan jawa barat ni, diinformasikan bahawa ada lagi gunung berapi yg masih aktif..begitu juga kejadan gempa bumi…dapat lihat perkebunan teh tinggalan penjajah belanda dulu yg masih beroperasi…akar teh ni dikatakan menjalar lebih 30 meter ke dalam tanah that’s why masih kekal hidup sejak kapan dulu…
singgah di masjid at-ta’awon di puncak jabar ni utk solat, nak masuk masjid kena harungi parit air yang sengaja dibuat, sejuknyer air…maklum la air gunung…kawasan bandung sini memang sejuk, area pergunungan…like Cameron Highland…
Sampai Jakarta dalam kul 3.30 pm..we all ditinggalkan di Mangga Dua Mall, looks like Perangin Mall kat Penang, or KLCC tapi orangnya, wow ramai giler…maybe sebab hari libur sempena hari buruh arini…nak berjalan pun susah, masuk toilet kena que dalam 5 lapis huhu…tak tau nak beli apa, pas letih berjalan…just lepak makan kat mc-d jer tunggu 5.30 pm masa berkumpul then ke Hotel Sofyan di Cikini, Jakarta Selatan…dinner, ambil kunci and rest..
Hotel Sofyan, Cikini, Jakarta Selatan
Jumaat 2 Mei 2008
Breakfast kul 7.00 am bersimbung dgn kumpulan nak pergi umrah..hotel ni jadi tempat trnsit jemaah umrah Indonesia…hotel ni memang masyhur sbg islamic hotel yg ditadbirkan berdasarkan syariah seperti no alcohol, no open hair bg staf pompuan and no bar or singing area…
Then move on ke Kedutaan Besar Malaysia di sini, menyaksikan ke’macet’an bandaraya Jakarta…macet bangat..
bapak polisi sedia berkhidmat meredakan 'macet' ni..
Foto-foto sekitar bandaraya jakarta...
bangunan tinggi-2 dan banyak jugak!
gedung kedutaan ni (bangunan) adalah bangunan kedutaan yg terbesar di Asia dengan staf kedutaan yg teramai di dunia iaitu 47 staf Malaysia, ini dikhabarkan Tim. Duta Besar, Tuan Haji…banyak gak fungsi diplomatik dan peranan kedutaan diciterkan kat semua pelajar ni…
Dewan persidangan dlm kedutaan, pengarah projek (Norasyidah) tengah sibuk contact situ-sini
Timb. Duta Besar, Tuan Hj. Abdul Aziz Harun sedang memberi taklimat, citer susah senang sebagai pegawai diplomatik dan tugas penting hubungan dua-hala dua-negara, beliau akan bertugas as Duta Besar di uzbekistan 1.6.2008 ni..
bertukar-2 cenderamata, Duta (Dato' Zainal Abidin) datang juga meraikan rombongan ni semasa majlis makan, tapi tak sempat nak bergambor...
Bergambar bersama Timb. Duta Besar (tengah); Dr. Junaidi (Pengarah MSD-ukm) dan bersongkok Ustaz Tuan Ismail Tuan Abdullah (Atase agama-jakim)
Sesi makan bersama Tn Hj. Elias Jafari (PPT-Warden), Pn Jana dan Pn. Rosnah...we all dijamu dgn ‘nasi wuduk’ kombinasi nasi lemak dan bihun goreng, lauk ayam berempah kering…
Then we all lunch kat restoran ‘sindang reret’ cawangan Jakarta, tadi sebahagian shj masuk kedutaan sebab ada anak-2 kecil tak leh masuk..Mea pun duk atas bas, pusing2 semasa perjumpaan diadakan..kat restoran ni ada ikan goreng masak lemon…kat sini mea tertinggal botol air masak, sedar kat airport…nak apaan lagi ya…
ibu posing nak makan, 'bekas air' kuning atas meja tu la yg tertinggal...
then terus ke bandara soekarno-hatta utk balik….check-in laju jer tadok masalah…sempat solat and habiskan sisa rupiah dgn belikan magnetic freezer dan t’shirt…
just sampai airport, boss memastikan semua beg at d rite place..kat sini ramai 'penyangak'..
Jalan-jalan semasa tunggu flite, Mea lepak in troli..
ekceli flite kul 4.35 tapi masuk flite kul 5.00 pm, take off kul 5.30 pm..landing kul 8.35…on flite we all makan sandwich tuna (Rp.20,000), nasi goreng (Rp25,000)..kali ni panas sket…tea celup (Rp.8,000) dan mineral water (Rp.9,000)…memang we simpan duit rupiah utk makan dalam flite, kut lapar…dan memang lapar pun….
Mea cuba mengenakan "sabuk pengaman" (tali pinggang keselamatan..we all pilih duk belakang, so leh ambik tempat kosong sederet...
Mea membuas..diri atas meja makan nak tengok apek kat depan on laptopnyer..
AlhamduliLlah, selamat landing di Bayan Lepas, Penang
Mea datang teman papa gi ofis, muat turun gambar ke blog ni..internet ofis laju sket hehe...
tak sabar nak menaip citer-citer best kat bandung-jakarta
check fail dan nota-2 papa...kut ada yg tak lengkap kut hehe..
2 comments:
Kalau nak melawat kat Sumatera Barat, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi – Sumatera Barat
Telp. +62 752 32999, 7020149
Fax +62 752 32999
E mail / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
Mobile : +62 81363408670 ( Roni )
Post a Comment