ada beza antara sibuk dan menyibuk...sibuk ni maksudnya dok dang masa, terkejar-kejar dalam mengisi masa dan mengejar agenda, terkadang agenda tak siap tapi masa dah habis atau masa dan agenda cukup-cukup diisi, namun tiada masa free untuk lepak...
menyibuk ni pulak sebenarnya tak sibuk tapi suka penuhkan masa dengan agenda yang dibuat..ada positifnya, especially memanfaatkan masa dengan sesuatu yang berfaedah, tapi kalau diisi dengan sesuatu yang tak berfaedah maka memang betul2 menyibuk la tu...seperti suka nak tahu pasal orang lain tak tentu pasal..kat sini papa bukan nak citer pasal "menyibuk" sebab tak tau sangat siapa yang menyibuk, dan kalau suka nak tahu siapa yang menyibuk, nanti kita yang jadi menyibuk..ahaaa..tu busy body la pulak hehe...tapi "menyibuk" ni ada lagi positifnya bila zaman dulu orang kampung berani tegur kesilapan anak-anak orang sekampungnya, supaya budak tu jadi baik,,tapi kini orang takut nak tegur sebab takut dikata menyibuk...maka hancur generasi muda kini! perkara ni menjangkit kat papa...takut jadi penyibuk pula, macam ada studen usm yang papa jumpa buat salah pun papa jarang tegur, sebab papa rasa depa ni dah tahu yang mereka buat salah hu3...macam merokok dalam kampus, dating celah2 pokok bunga dan bonceng motor berdua...kekadang tahu salah tu (studen kan cerdik), tapi kononnya 'darurat'...sedangkan mereka tak sedar yang di sana ada 'mudarat', papa akan ubah sikap ni...insya' Allah!
papa nak citer pasal kluarga papa jer kat sini..bukan citer hal orang lain...okay la citer papa, papa ni nak kata sibuk, tak la sibuk sangat pun, sebab petang2 kadang2 tu dapat lagi nonton tv seperti citer matahari sekarang...atau ke belakang rumah menyangkul, sembur ubat ulat kat daun lada atau tanam anak2 pisang dan betik yan banyak mencambah tu...cuma terfikir apa yang dekan tanya semalam, "sibuk ker kerja kat desa?"..."ermmm..sibuk juga! tapi ikut time laa...kena pandai bahagi masa"...papa ambil pertanyaan dekan tu bukan sebagai menyibuk tapi concern takut prestasi akademik stafnya menurun...papa pun tak mau prestasi papa menurun, sebab papa nak menaik jer...sebab kalau prestasi menaik, gaji papa sure akan menaik jugak hehe...taraf hidup papa sekeluarga pun akan menaik, tapi kedudukan ini tentu akan membawa perkara "sibuk" sekali menaik, so nak tak nak..kena sibuk...
semua orang sibuk, bukan terhad setakat orang yang bekerja tetap...orang yang tak bekerja tetap pun sibuk, macam ibu sejak pagi hingga malam sibuk jer dengan tugas dalam rumah, hatta mea dan wish pun bila celik mata pun mesti sibuk, sama ada sibuk memenuhi kehendak buas kanak-kanak depa atau sibuk mengganggu ibu dan papa supaya men'cakna kat mereka...pendek kata, semua orang sibuk...kanak2 sekolah hari ni sibuk pagi dan petang pergi sekolah, malam tuisyen lagi...so, no choice kalau tak nak sibuk, melainkan kita berhenti jadi manusia...tapi sibuk juga, tengok jalan raya yang sibuk, line internet yang sibuk, semut yang sibuk, lebah yang sibuk dan paling sibuk...iblis dan syaitan, sampai menjadikan kita sibuk hingga masa solat dan ibadat kita jadi semakin sedikit dan ciput, akibat ingin memenuhi kehendak duniawi..fikirkan!
No comments:
Post a Comment