Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Monday, July 27, 2009
Kem PiMPin SiSWa
mea nak pergi mana ni? sebenarnya bukan mea yang pi mana-mana, tapi papa yang kena pi kem huhuu...papa kena gi kem palas kat titi hayun, yan, kedah selama 3 hari 2 malam weekend kelmarin sebab jadi urusetia pimpin siswa-baru usm bawah program universiti apex...penat dan tak cukup tido, biasa la bila masuk kem, acara penuh dari menjelang subuh hingga nak subuh plak keesokkan harinya, tinggal la ibu, mea dan wish kat rumah ketigaan...tapi nasib baik papa pi as ketua urusetia, leh la curik2 tulang pi tidur dan guling2 hehee....
ini antara aktiviti yang dijalankan...disaksikan puncak gunung jerai dan tapak khemah...seramai dalam 99 orang peserta dan 15 urusetia, yang dimuatkan dalam 4 buah bas dan 2 van...bestnyer kat sini ada air sungai yang berbatu-batu..ada area yg sesuai mandi-manda..tapi hampehhnye, bila di hari kedua tu semasa xtv trekking, ada jumpa tahi manusia di celah-celah batu atas sikit drp area mandi huhuuu...apa lagi, ramai tak mandi dah sungai ni...papa pun stop, gi mandi kat kolah jer...bagi yg tak tahu, seronok lagi menyelam-nyelam hohoo...
every day semua peserta 3 kali sehari leh mandi di sini, dibenarkan...cuma tandas ada 10 biji kongsi...haaaa ni semua orang sedang seberang sungai untuk aktiviti survival, siap ada yang bawa ayam hidup, periuk belanga...nak pi masak ni, di celah-celah dusun durian, sempat makan yang luruh 2-3 biji...bessstt!
malam akhir ada persembahan..biasa la mana-mana kem pun gini, biar depa release feeling dan thoughts masing-masing...kat belakang sana fasi(-litator) sedang bakar ayam dan sosej (bbq)..yummi..tinggal la papa sorang menyelia dan jaga hati studen yg prepare to present theirs, kelakar jugak heheee...bila balik ke kampus, semua tidur dalam bas keletihan...papa kena dua kali, 7-9 ogos ni kena lagi tapi nama naik ke k.kangsar plak...but no sg. siput sepertimana di war-warkan duluu...actually, keletihan ni dibayar dengan 2 helai t'shirt, 1 beg camping dan elaun beberapa ratus...jadi laa...syukriyaaa...dapat belanje ibu makan kat hotel malam sabtu ni hehee..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mea tu pegang duit ker tu
berkepul2 sampai jatuh sekepeng..
kayo mea kayo..
ngeh ngeh ngeh...
tu koleksi duit foreign...ade pound ade riyal ade rupiah..kayo memang kayo..
apakah?
ngeh3...
chekdee ketawa sendiri bila tengok photo mea dengan beg tu ...... boleh daki bukit tu...ukhussssss
itu la k.noor, selalu nak suruh dipakaikan beg tu kat belakang dia...berlagak ala-ala nak pi camping gitu...
Post a Comment