
weekend baru nim mea ikut papa ke Belum Rainforest Resort, kat pulau banding, grik, perak sebab papa ada bengkel 2 hari 1 malam...tempat ni sebelum ni biasa lalu ajer untuk ulang-alik antara K. Trg-Penang...now ada peluang bermalam percuma hehee...mula-mula masuk kat bilik sini, papa dah terkejut sebab dalam bilik takde tv huhuhuuu..."macam mana la anak biniku nak habiskan masa dalam bilik nim nanti ketika papa ada bengkel?", so papa gi tanya kat kaunter, lalu dijawab mereka di kaunter, "kami di sini nature!"...huhuuu tergamam den.

suasana 'nature'..dalam ni ada ikan temoleh, dengar citer orang yang pernah memancing kat sini..ikan ni ada yang pernah ditangkap sebesar tong dram...tak tahu la betul ke tidak, tapi ikan nim antara yang makin pupus! kolam ikan toman pun ada, tapi gambo tak clear..so, pihak penerbit tak luluskan untuk siaran.

vroomm...jom kite ronda pulau banding nim...area resort nim tak la besar sangat, walaupun mengutamakan 'nature' untuk penghuninya, namun kelengkapan 'shower' bertaraf-taraf, ada
class laa..besar showernya dan lebat air turun mencurah! hampir sama dengan bilik air di
tune hotel...tapi sini besar lagi!

jom main air! bersedia semua dengan jaket keselamatan...ini acara team-building selepas xtvt dalam dewan, so semua petang ni main air...

horeyy dapat naik bot! tumpang kumpulan
rescue semasa ikut mengawas geng lain yang berakit.., at least terubat jugak la hajat nak masuk ke tengah tasik temenggur nim..
kira papa jadi pembantu
life-guard la dengan mea, kelihatan di air tu dua rakan sekerja papa sedang berusaha keras untuk sentuh tiang jambatan pulau banding, semangat depa nim berakit..papa tak join sebab tak bawa seluar track, bawa selai betul, ni la gara-gara tak baca habis tentatif program sebelum pi..

sebelum balik ke usm, kami dibawa keliling pulau banding ni dengan bot dan ini la rafflesia yang dijumpai di salah sebuah pulau di tasik temenggur, Perhutanan Belum ini...mungkin sebab di Hutan Belum, maka bunga ni 'belum' kembang molek lagi!