
darwisy tidak takut lagi menaiki basikal, sambil dibantu oleh mea yang sudah dapat basikal baru..tapi sayang, kaki wish masih tak berapa nak jijak..

sopan-santun penenang jiwa,
hingga berkenan untuk me'ym,
pesta pantun antara desasiswa,
acara tahunan peringkat usm.
gempar georgetown dek perahu naga,
ramai berduka kehilangan tersayang,
sertai berpantun dah memang kuduga,
tapi tak sangka 'Aman' kalah diganyang.
berlaku insiden 'bantahan' ketika papa menjadi ketua hakim petang semalam apabila tidak menolak markah pasukan yang terlebih masa ketika membeli pantun, akibatnya desasiswa yang sepatutnya menang tidak menang. juru-audit pun tidak berhati-hati ketika membuat audit markah, saling percaya-mempercayai, kesannya kena bantah. Bagaimanapun, setelah jawatankuasa dasar bermesyuarat (semua penggawa desasiswa), keputusan telah dikekalkan kerana 'keputusan hakim adalah muktamad' dan tiada bantahan rasmi dibuat melainkan pihak urusetia (Restu) telah bertindak sendiri 'memeriksa markah yang berstatus sulit'. Pun begitu, rasa bersalah tetap tertera juga di hati ini..kesian Restu! so, papa dedikasikan dua rangkap pantun untuk Restu...
rumah tepi sawah, dinding berdaun duku..
papa rasa bersalah, restu berkubur di suku (suku akhir)...hu3
No comments:
Post a Comment