Semasa cuti deepavali baru-baru ini, papa telah bawa famili ke Pulau Pangkor. Setelah lama simpan keinginan akhirnya, sampai juga ke sini. Entah tak tahu macam mana, tiba-tiba saja buat keputusan untuk ke sini selepas berpenat beberapa hari meyiapkan artikel untuk UIA dan terjemahan kitab untuk DBP. So, release stress sat sambil pi berenang-renang. Drive 2 jam 15 minit dari Penang, sampai la di jeti pangkor lumut yang mempunyai bangunan parking kereta yang berbumbung. Kos parking sehari semalam kira-kira RM15.00 saja.

Ni keadaan bilik resort dengan dua katil queen dan buka sliding terus ke kolam renang. Ini yang buatkan papa terus book bilik ni untuk semalam lebih kurang RM320. Naik teksi dari jeti ke sandy beach resort ini dalam 10 minit saja dengan tambang RM10 saja. So dengan rakyat yang dah besar, maka sesuai la duduk bilik macam ni untuk tidur dan santai. Cuma tak best masa ni cuti deepavali, tapi ramai yang conquer area bilik bawah ni lebih kurang 6 keluarga besar india yang mari bercuti sambil raya kut. Mereka memenuhi pool dan malam pula dengan BBQ dan bersembang sampai tengah malam. Silap timing nampaknya!
No comments:
Post a Comment