bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, June 25, 2019

Perth, 17-19 June 2019


Minggu lepas, sempat ke luar negara iaitu down under yang berada di awal winter. Suhunya sesuai untuk jalan-jalan dan conference. Permohonan ke sini telah dibuat 2 bulan sebelumnya, namun terlalu banyak tandatangan dan kelulusan yang perlu didambakan, maka seminggu sebelum fly barulah green light yang benar-benar hijau diberikan. Jadinya, harga tiket dan berubah dan begitu juga diskaun pada fee conference sudah hilang, malah mencanak naik lagi. Oleh kerana masa telah singkat, dan usaha dan tekad telah dibuat, maka diteruskan juga hajat dan nawaitu untuk ke sini.

Penerbangan ke sini menggunakan airasia, lebih kurang 5 jam setengah. Masa di Perth dengan Malaysia adalah sama sahaja, waktu subuh juga hampir sama cuma lewat sedikit, tetapi waktu zohor, asar, maghrib dan isyak awal dalam sejam-dua. Duit di sini mahal 3 kali ganda dengan Ringgit, so bila ke money changer tu, ada rasa pilu sedikit.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin