bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, January 19, 2008

Damia oh daMia...


Petang-petang mea akan bersiar-siar di luar rumah, even kat depan or belakang..kat depan rumah sambil tengok papa-mea siram pokok bunga, tapi tak boleh bagi mea sekum lama la dalam stroller tu, kena gerak-gerakkan sket, 1. kut dia cepat boring, 2. kut nyamuk datang landing...banyak gak nyamuk, biasa memang ada la yang telah selamat landing huhu...merah kulit anak papa dan ibu...


kat belakang pula sambil tengok kucing-kucing, ambik cili padi masak or teman ibu angkat baju...kucing kat belakang ni menikus sket, suka nak datang bergesel, sesekali kena jer tendangan penalti drp papa-mea tapi tak kuat la hehe..gatai sangat nak goda orang cekpung...mea tak takut kat kucing, malah nak turun merangkak lagi jalan dengan kucing kut, sebab asyik nak meloloskan diri jer nak turun bila dekat dengan kucing, tabiat ni memang kontra giler dengan telatah ibu mea, isyh, ibu mea tuh sangat geli dan takut, kalau nak jemur baju kena bawa senjata, sama ada kayu or spray air yang pancutan airnya ditajamkan, boleh la tembak kucing-kucing yang menikus ni..kalau ada meksa, baru ibu mea senang sebab meksa yang tolong jemurkan..itu la keberanian ibu mea dengan kucing belakang rumah ni, we all bagi makan jugak la sebab kesian, kucing ni dari dulu lagi dah stay kat belakang ni...


Mea sekarang suka berdiri sambil berpegang kat mana-mana, dinding ke, stroller ke, or even walker dia...tabiat ni adalah sebagai asas 'tehh' utk berjalan selepas ni..kadang-kadang dia berdiri firm dan kekadang melayang-layang juga especially kalau 'ralit' semasa berdiri tu sambil tengok iklan huhu...


kalau dulu stroller dan walker jadi tunggangan, but now jadi tempat nak gantung...naik tangga kat ruang tamu pun dah boleh, pendek kata..aktif la bila dah segara tu..hinggalah keletihan dan tertidur terlentang dengan diapit bantal kiri kanan atas bawah hehehe..macam queennn....

2 comments:

[nad] said...

wah..mea..dah buas yer skrg nie..uncle kene beli pagar letak kat tangga..cian kat ibu.mesti penat..mea dah lah buas..hehe..kirim slm kat mea ngan ibu..hehhe ;)

Tinta Pendeta said...

memang membuas...rata jelajah n panjat!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin