Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Wednesday, January 2, 2008
No More Styrofoam in USM
Mula 1 januari 2008, usm menghentikan penggunaan pembungkus makanan yang berasaskan styrofoam. Styrofoam ini ialah pembungkus warna putih yang biasa digunakan seperti gambar sebelah no. Ini kerana ia boleh mendatangkan banyak kesan kimia seperti mengundang penyakit kanser dan juga mendatangkan masalah sampah kepada alam kerana styrofoam adalah sejenis plastik yang tidak mengalami biodegrasi dalam tempoh yang singkat. Justeru, di bawah program 'kampus sejahtera', semua pengusaha kafe dikehendaki mematuhi dasar universiti ini yang so called mula mengharamkan styrofoam secara beransur-ansur. Walaupun program ini tidaklah bersifat wajib, namun kesungguhan jelas diperlihatkan drp semua warga staf, pelajar dan pengusaha supaya mematuhinya. Papa mea sempat menghadiri 2x meeting ni dan berdasarkan laporan drp pakar-pakar kesihatan yg turut dijemput, jelas sekali styrofoam yg biasa kita gunakan selama ini boleh mendatang bahaya yang besar kepada kesihatan yang berterusan. Ini kerana penggunaan bahan kimia, wax dan pewarna dalam menghasilkan satu2 styrofoam akan memasuki badan kita menerusi makanan yang termuat dalamnya melalui hasilan secara kimia melalui makanan panas, perubahan haba dsb.
Pada asasnya, program ini bukanlah untuk menggantilan dengan pembungkus yang baru tetapi ingin menggalakkan budaya baru iaitu 'gunakan bekas sendiri dari rumah'. di samping itu, usm cuba memperkenalkan budaya baru iaitu para pelanggan digalakkan untuk makan di kafe, atau membawa pembungkus sendiri. last resort barulah menggunakan pembungkus baru iaitu 'ecopak' di mana pelanggan akan dicaj sebanyak 20 sen atas kos sebiji pembungkus 'ecopak'. Caj ini dikenakan ke atas pelanggan dan bukan pengusaha untuk menggalakkan pelanggan guna bekas sendiri dan tidak membebankan pengusaha. "Ecopak' adalah pembungkus yg mempunyai bentuk yg sama tetapi dibuat daripada tandan/pelepah kelapa sawit yang tidak digunakan lagi (lihat gambar). Akibat proses kimia dan pewarna tidak digunakan, maka warna 'ecopak' tidaklah putih, ia berwarna koko semacam harsh kelapa sawit laa. Ia tidak melibatkan bahan kimia dan mudah mengalami biodegrasi dan ini bukan sahaja menjamin kesihatan malah mengurangkan sampah kerana ia mudah dikumuskan. Namun harganya sedikit mahal berbanding styrofoam yg hanya berharga 4-5 sen sebiji sedangkan 'ecopak' bernilai 17 sen sebiji. Tapi, itulah harga yang perlu dibayar untuk menjamin kelangsungan kesihatan anda berterusan. Semoga generasi terkemudian yang dikepalai oleh mea akan menjadi generasi yang mementingkan kesihatan yang sustainable..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pasal styrofoam and ecopak tu kan...kc ada tgk satu rencana kat rtm dua hari lepas kot psl ecopak ni. mmg dari pelepah atau upih kot..pokok2 palma punyer laa.. diorang buat tu kat india. kerajaan bagi pinjaman mikro utk golongan miskin beli mesin utk bentukkan pelepah kering tu terus jadi mcm pinggan kertas gitu. agaknya yang tu lah kot... kaler dia mmg mcm gitulah.. kelabu ala ala gitu... bagus tu. skrg ni kc try to asingkan smpah pulak... susah jugak awalnya but hasilnya... sampah untuk dibuang dapat direduce sehingga 50%. try laa.. at least ada sumbangan kita untuk alam sekitar.
bagus! safe our environment...tadi USM buat sidang akhbar khas pasal ni...maybe kuar surat khabar kut! maybe jer...papa-mia gi makan jer hehe
Post a Comment