bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, March 30, 2008

Sambutan Birthday Mea...

Today, is the very big day to my younger daughter damea. Celebrating her day by woke-up early in the morning, woke her papa n ibu up as well as her eyes start rounded hehe..to be a one year old kid must be very interesting thing for mea thats why hard for her to sleep last nite..almost near to 1.00am she still dwelling up and down on the bed huhu...

Sambutan birthday mea berjalan seperti yang dirancangkan, ada kek..ada lilin sebatang..ada pulut durian juga hehe..dan ada air tea-o..asalnya nak beli coconut-shake, but after cari kat pasar malam petang tu, pakcik tu pulak tak mai huhu..apa pun best...

cuma ada satu jer yang tak best huhu...mulanya okay la sesi bergambar tu, then bila nak tukar papa lak nak ambik gambar, mea pulak aktif sentiasa..camera pulak 'terjatuh' huhu...zooming muncung dah senget and tak boleh off, pass ejas sikit muncung zoomingnyer..camera plak tak boleh 'on' huhu...so alamatnya gambar tinggal di dalam tanpa leh copy tengok...hantar kat kedai, luckily masih under warranty but need two month to be repaired...hai, tak merasa la camera ni nak gi jakarta a month from now! itu la citer yang tak bestnyer....

pagi tadi, 31/april...bawa mea pi cucuk kat klinik, mea nangis kejap jer..maklum la dah besar, malam tadi nangis lagi kuat bila jatuh tilam huhu...tak sedar dia mengengsot masa tido until dengar mea menangis hujung tilam (tilam tanpa katil sebab dah buang akibat selalu dah jatuh tilam before)..ada benjol sikit kat dahi, bergaris akibat kepala sondol tikar rotan hehe..sian mea...timbang tadi, berat mea only 7.5 kg gitu dan berada dalam kelompok 'kuning' iaitu kurang zat macam papa dan ibunya...nurse suruh bagi banyak lagi makan, instead of bagi susu...pergi ke klinik kedua (klinik universiti) pulak pastu, doktor tak bagi lagi ibu susukan mea..dia suruh force minum susu lain, apasal ekk? entah laa....sian ke mea!

Wednesday, March 26, 2008

Minggu Makan-makan...

Minggu ni adalah minggu terakhir dalam kalendar akademik sidang 2007/2008, di mana minggu depan semua pelajar usm akan bercuti seminggu sebagai 'study week' sebelum menduduki peperiksaan akhir semester 2 sidang 2007/2008 bermula pada 7/4-25/4..

Sebagai minggu akhir, pelbagai jamuan diadakan bagi menghargai jasa dan penglibatan pelajar dalam segala acara, pertandingan dan komitmen untuk semua peringkat..bagi peringkat desasiswa aman damai, papa-mea terlibat 2 program makan jer iaitu ahad malam baru ni di Hotel Gurney (malam junjungan budi) dan malam ni di Padang Aman (barbeque)...sementara di peringkat pusat pengajian, 1 sesi makan tengahari diadakan di Equatorial Hotel jumaat ni under apru...nape la wat hari jumaat tapi takpe la, janji dapat makan walaupun sebenarnya papa-mea lebih suka makan kat rumah hehe...bukan apa, bila juadah too much kat depan mata ni, selera makan dah tak terarah, sampai kenyang tengok juadah jer...huhuhu..better makan nasi lauk ikan singgang, cicah budu, gaul lada dan tempoyok sket, pastu ulam pucuk jambu golok hehehe...yummiii....


Papa-mea makan dengan mt-exco desasiswa aman-damia, dari kiri aida (s/u mpd), isma (nydp), papa-mea, pn. jana (pen.penggawa), suami pn.jana, ilyas (emcee), gee (exco sukan)..ibu mea tak bawa sebab takut mea mengganas kat sini, sian ibu-mea..dah 3x miss dinner dgn papa..


Exco pelajar nak bergambar dgn 2 orang penolong penggawa dari kiri Pee Cee (Trg), Papa-mea, Noriana (Kelate) dan Pn. Janariah (Penolong Penggawa)


Bergambar dengan set-set 'ganu yg mendiami desasiswa aman damai, semuanya lebih besar drp penolong penggawa depa huhu...berdiri dari kiri mat yub (Zulhairi), mat bob (Ridhwan)dan pejang duduk (Faizan)

Friday, March 21, 2008

Kenduri Kahwin..

Sempena cuti Maulid al-Rasul semalam, Mea, papa dan ibu dijemput menghadiri kenduri kahwin anak kak aya, staf pentadbiran ppik..rumahnya kat seberang jaya. So, tepat jam 12.00 tengahari, we all gathered at masjid usm and follow the car which knew location rumah kak aya..so senang, perjalanan smooth and tenang..


Papa dan ibu minum air ikut kaler baju hehe....ada 4 kaler semuanyer as below tu, so macam-macam ada (macam astro)..


pergi ramai-ramai ni best sebab boleh duk semeja sesama staf, so tak la malu sangat share meja compared if there is strangers! Share table with (dari kiri) Dr. Aniswal, Dr. Salasiah dan Dr. Rokiah (nampak sisi)

Wednesday, March 19, 2008

Gigi Mia & Birthday Hijrah...

Inilah gigi mea yang baru 'dua batang' jer tumbuh..actually, gigi dia semakin panjang dan sakit bila dia gigit esp. bila dia 'geram' orang tak nak dukung dia hehehe....


Kadang-kadang Mea suka bertudung bila tengok tv..


Tapi kalau dia 'over acting'..dia akan ditudungkan hehe..inprisonment ahaks!


Penting nak bagi tau, malam ni adalah malam maulid al-rasul..ia bukan bermakna tarikh kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w semata, malah juga bermakna tarikh kelahiran mea...dalam makna lain mea akan menggenapi usianya setahun mengikut kalendar Hijrah. Mea dilahirkan pada tanggal 12hb. Rabi'ul Awwal 1428H tepat jam 8.27 malam...so 8.27 malam ni genap la usia mea setahun!


Happy Birthday my dear Mea hehehe...mmuah..mmuah...

Thursday, March 13, 2008

Balik Mengundi...

Hai sekarang ni papa mea makin sibuk, nak masuk blog pun dok dang..tambah dengan kuliah dan tutorial bertambah untuk tempoh sebulan ni kerana gantian subjek..komputer pun makin slow hingga nak down load certain gambar kenangan pun asyik hilang dalam wayar jer gambo tuh huhu...apa pun minggu lepas mea dah balik kampung, melihat orang mengundi!

Plan awalnya papa-mea nak balik lepas isyak hari 6.3.2008 aritu, tapi tiba-2 papa dapat call ada student yang cedera kena pukul kat blok studen perempuan, so kena la pi tengok and then hantar ke spital, makan masa till 11.30 malam..so dah lewat. Maka pagi 7.3.2008 tuh, after subuh mea skuarga baru leh bertolak..sampai di Manir kul 2.00 lebih kurang dengan lunch telah siap sedia...esoknya, pagi2 papa dah pi buang undi kat S.K.Telok Menara and then, terus balik ke Kemaman, sebab ibu-mea lak nak balik buang undi di S.K.Sultan Ismail

Mia pulun tido jer sepanjang perjalanan pulang..bestnyer jadi mea..

Semasa kat Manir, dapat tengok anak sedare baru..anak yoma dan mazila yg kahwin tahun lepas..

ermmm...tembamnyer! Namanya tiru nama mea iaitu Mia Maisarah..sabor jer yoma ni!

on the first day, sempat pergi intai masjid kristal, iyer la nak tengok gak la masjid yang ada 'penunggu' tu hehe...


On the way balik Kemaman, dapat saksikan banyak poster parti politik..ermm teduh jalan raya..


Terserempak kat Rusila dengan kes 'tahan bas pengundi hantu'...mulanya pelik gak sebab jam kat sini hampir sejam huhu..

bila sms yoma..baru tahu ada kes 'hantu' ni yang bawa studen luar mengundi di sini, siap ada helikopter polis kat atas..hemmm..itu la tindakan polis bila berhadapan dengan bangsa sendiri!

Kat kampung, mea pulak wat perangai..asyik tepik dan menjerit jer tak mau kat orang sangat..sikit2 nak menangis sampaikan pak/mak sedare takut nak kelih muka mea kut mea tak selesa dan nangis...dah la ibu mea demam masa tuh, ni pun selsema dan batuk lagi..kat Penang okay plak budak ni huhu..kalau besar, memang papa dah buat sup ni ahaks! ish takkan nak wat lagu tu kat anak papa yg comel lote ni ekk he3..

Hari balik ke Penang pulak ialah pada 11.3.2008, selepas breakfast mea skuarga pi hantar Mcik Mah dulu ke Hentian Bas KT sebab dia nak gi KL umah Mcik Yah, after that terus mea skuarga bedecum ke Penang. Cuma nak kelainan di sini, we all lalu ikut jalan baru iaitu Kuala Berang - Tasik Kenyir - Felda Aring - Gua Musang - Lojing - Cameron Highland - Simpang Pulai - Ipoh - Penang (Plus)...wow! jalannya sungguh tak berapa elok especially kat Felda Aring, tengok ni jalannya..

highway drp Tasik Kenyir okay tapi bila nak masuk Felda Sg. Aring..macam kat depan tu!

Selepas Gua Musang, jalan Kuala Betis ke Lojing dan Cameron Highlands comel cuma lengang sahaja...

Panorama kat Lojing, ala Cameron gitu dengan atap sayur tersedia menaungi bumi...


Singgah jap kat Cameron Highlands sebab Mea nak beli strawberri and sayur-mayur hehe..

Jalan lain lengang dan mostly takde tandas di perjalanan...melainkan setelah sampai di plus...kena tol lagi antara Simpang Pulai to tol juru RM 1.80 + RM 16.80 = RM 18.60...estimate masa lebih kurang la, so not worth la lalu ikut ni...pasni papa mea kata dia akan lalu jalan biasa semula la, sebab compare jarak dengan tol adalah merugikan...huhuhu

Tuesday, March 4, 2008

Mea DeMamm...

Mea demam huhu..mungkin kerana ikut papa hujung minggu baru ni ke Temasya Olahraga Tahunan (TOT) kat stadium, so kena panas mentari yang terik tu kut..sejak petang semalam badannya mula panas tetapi masih aktif slow2 memanjat tangga, lepas isyak terus lembik dan lepak jer duk dalam buai sambil mata celik...comel lak tengok mea behave lagu tu...kalau tidak, memang tak duk diam...petang ni la papa wat gi klinik, full kelas pagi ni till noon...semoga anak papa sihat semula, hujung minggu ni nak balik kampung..mengundi as song by TV3 "satu undi, satu suara"..cuma tak tau nak undi siapa hehehe...undilah Damia!

Sajer nak masukkan, gambar-gambar aksi mea terkini...

yoo..rock yoo! mea..mea...


minum air ala mas idayu...bergaya tuh!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin