bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, March 26, 2008

Minggu Makan-makan...

Minggu ni adalah minggu terakhir dalam kalendar akademik sidang 2007/2008, di mana minggu depan semua pelajar usm akan bercuti seminggu sebagai 'study week' sebelum menduduki peperiksaan akhir semester 2 sidang 2007/2008 bermula pada 7/4-25/4..

Sebagai minggu akhir, pelbagai jamuan diadakan bagi menghargai jasa dan penglibatan pelajar dalam segala acara, pertandingan dan komitmen untuk semua peringkat..bagi peringkat desasiswa aman damai, papa-mea terlibat 2 program makan jer iaitu ahad malam baru ni di Hotel Gurney (malam junjungan budi) dan malam ni di Padang Aman (barbeque)...sementara di peringkat pusat pengajian, 1 sesi makan tengahari diadakan di Equatorial Hotel jumaat ni under apru...nape la wat hari jumaat tapi takpe la, janji dapat makan walaupun sebenarnya papa-mea lebih suka makan kat rumah hehe...bukan apa, bila juadah too much kat depan mata ni, selera makan dah tak terarah, sampai kenyang tengok juadah jer...huhuhu..better makan nasi lauk ikan singgang, cicah budu, gaul lada dan tempoyok sket, pastu ulam pucuk jambu golok hehehe...yummiii....


Papa-mea makan dengan mt-exco desasiswa aman-damia, dari kiri aida (s/u mpd), isma (nydp), papa-mea, pn. jana (pen.penggawa), suami pn.jana, ilyas (emcee), gee (exco sukan)..ibu mea tak bawa sebab takut mea mengganas kat sini, sian ibu-mea..dah 3x miss dinner dgn papa..


Exco pelajar nak bergambar dgn 2 orang penolong penggawa dari kiri Pee Cee (Trg), Papa-mea, Noriana (Kelate) dan Pn. Janariah (Penolong Penggawa)


Bergambar dengan set-set 'ganu yg mendiami desasiswa aman damai, semuanya lebih besar drp penolong penggawa depa huhu...berdiri dari kiri mat yub (Zulhairi), mat bob (Ridhwan)dan pejang duduk (Faizan)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin