Hai sekarang ni papa mea makin sibuk, nak masuk blog pun dok dang..tambah dengan kuliah dan tutorial bertambah untuk tempoh sebulan ni kerana gantian subjek..komputer pun makin slow hingga nak down load certain gambar kenangan pun asyik hilang dalam wayar jer gambo tuh huhu...apa pun minggu lepas mea dah balik kampung, melihat orang mengundi!
Plan awalnya papa-mea nak balik lepas isyak hari 6.3.2008 aritu, tapi tiba-2 papa dapat call ada student yang cedera kena pukul kat blok studen perempuan, so kena la pi tengok and then hantar ke spital, makan masa till 11.30 malam..so dah lewat. Maka pagi 7.3.2008 tuh, after subuh mea skuarga baru leh bertolak..sampai di Manir kul 2.00 lebih kurang dengan lunch telah siap sedia...esoknya, pagi2 papa dah pi buang undi kat S.K.Telok Menara and then, terus balik ke Kemaman, sebab ibu-mea lak nak balik buang undi di S.K.Sultan Ismail
Mia pulun tido jer sepanjang perjalanan pulang..bestnyer jadi mea..
Semasa kat Manir, dapat tengok anak sedare baru..anak yoma dan mazila yg kahwin tahun lepas..
ermmm...tembamnyer! Namanya tiru nama mea iaitu Mia Maisarah..sabor jer yoma ni!
on the first day, sempat pergi intai masjid kristal, iyer la nak tengok gak la masjid yang ada 'penunggu' tu hehe...
On the way balik Kemaman, dapat saksikan banyak poster parti politik..ermm teduh jalan raya..
Terserempak kat Rusila dengan kes 'tahan bas pengundi hantu'...mulanya pelik gak sebab jam kat sini hampir sejam huhu..
bila sms yoma..baru tahu ada kes 'hantu' ni yang bawa studen luar mengundi di sini, siap ada helikopter polis kat atas..hemmm..itu la tindakan polis bila berhadapan dengan bangsa sendiri!
Kat kampung, mea pulak wat perangai..asyik tepik dan menjerit jer tak mau kat orang sangat..sikit2 nak menangis sampaikan pak/mak sedare takut nak kelih muka mea kut mea tak selesa dan nangis...dah la ibu mea demam masa tuh, ni pun selsema dan batuk lagi..kat Penang okay plak budak ni huhu..kalau besar, memang papa dah buat sup ni ahaks! ish takkan nak wat lagu tu kat anak papa yg comel lote ni ekk he3..
Hari balik ke Penang pulak ialah pada 11.3.2008, selepas breakfast mea skuarga pi hantar Mcik Mah dulu ke Hentian Bas KT sebab dia nak gi KL umah Mcik Yah, after that terus mea skuarga bedecum ke Penang. Cuma nak kelainan di sini, we all lalu ikut jalan baru iaitu Kuala Berang - Tasik Kenyir - Felda Aring - Gua Musang - Lojing - Cameron Highland - Simpang Pulai - Ipoh - Penang (Plus)...wow! jalannya sungguh tak berapa elok especially kat Felda Aring, tengok ni jalannya..
highway drp Tasik Kenyir okay tapi bila nak masuk Felda Sg. Aring..macam kat depan tu!
Selepas Gua Musang, jalan Kuala Betis ke Lojing dan Cameron Highlands comel cuma lengang sahaja...
Panorama kat Lojing, ala Cameron gitu dengan atap sayur tersedia menaungi bumi...
Singgah jap kat Cameron Highlands sebab Mea nak beli strawberri and sayur-mayur hehe..
Jalan lain lengang dan mostly takde tandas di perjalanan...melainkan setelah sampai di plus...kena tol lagi antara Simpang Pulai to tol juru RM 1.80 + RM 16.80 = RM 18.60...estimate masa lebih kurang la, so not worth la lalu ikut ni...pasni papa mea kata dia akan lalu jalan biasa semula la, sebab compare jarak dengan tol adalah merugikan...huhuhu
3 comments:
ustaz, nampak cam makin kurus jek. kuat kerja gamaknye ni. hehe.
bukan kurus tapi slim hehe..kuat keje tapi kurang makan hehe..
Post a Comment