bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, June 30, 2008

Mea'S 1st SteP

today genap la omo mea 15bulan. n today jugak la menjadi hari terpilih utk mea memulakan langkahnya yg pertama dm menghadapi hari2 mendatang..
arini mea mai kuantan dr kemaman utk standby nak fly dis wednesday. sebelum ni dah try tatih2 sikit2 kt kemaman. tp yg tak sangkenyer die nak berjalan bergaye kat umah ummi ayong..kemain kitorg bg support n mea pun kemain tunjuk giginye 3 batang tu..hihihi..
ape2 pun, ibu-mea paling gumbire tgk mea dah boleh melangkah paling lame tadi 13 steps..huhu..hehe..tp sedih papa xder same nak raikan kemajuan mea nie..
takperlaa..papa jauh skang nie..mea n ibu-mea doakan papa selamat tibe di tanahair esok..
c u papa...we miss u a lot...dun 4get soping banyak2 utk kitorg di sini...:)

PerJalaNan Ke University of Wales, Lampeter


Kira-kira kul 9.30 pagi...papa bertolak dari rumah aju dgn ambil bas no. 52 utk ke station bas xpress di victoria...ia adalah last stop, so jauh gak..dalam 1 jam setengah nak sampai sana...nasib baik tiket bas xpress dah beli semasa kat Malaysia lagi tru internet..dapat la tengok2 bandar London semula after 5 years left...


Albert Hall London tempat Siti Nurhaliza wat konsert dulu, memang bas no. 52 akan lalu ikut sini on the way to Victoria station



inilah victoria coach station, papa kenal tempat ni sebab pernah naik bas dari sini pada 2003 dulu utk ke Scotland...tahu la sikit area London ni...penumpang duk tunggu bas dalam kotak cermin, so tak hidu asap dan wap sejuk...papa naik bas national-xpress London-Carmarthen kul 12.00 dan dijangka sampai 5.30 pm...hampir penuh bas, Dr. Azam dan Pengarah CITU (Dr. Rahimi) tertinggal bas ni sebab tube mereka delay, papa sampai awal sejam kat sini sebab memang takut kalau terlepas bas ni...dia naik the following bas kul 12.30, oleh kerana perjalanan dah tau jauh, sebagai alas perut maka papa makan syis kebab dulu..sodap beb!


selepas 2 jam lebih perjalanan, bas pun berhenti sat rehat kat R&R, kat mana la entah la...papa turun minum teh panas secawan, hilangkan sejuk tengkuk...


bandar Carmarthen, sunyinyer...sampai sini kul 6.10 ptg, lewat sikit sampai kat sini sebab ada xciden kat motorway (highway)...macam bandar mati, pahtu sejuk pulak windy...papa sembunyi balik dinding cermin bas stop...duk sini pun macam was2 jer nak tunggu bas seterusnya ke Lampeter, takut datang mat salleh mabuk main kacau, mana tahu kan hu3...nasib baik, kul 7.10 bas X40 ke Lampeter mai, betul-betul follow jadual...itu yg bagus kat UK ni, on the dot!


hampir sejam naik bas dari carmarthen ni, dengan jalan bukit bukau dan selekoh rothmans, baru sampai bandar kecil Lampeter...driver bas laju kan main macam naik bas dari seremban ke port dickson jer huhu...bas berhenti betul2 depan pintu masuk utama ke Universiti, papa suruh driver wat gitu hihi...macam tak caya jer dalam ni ada universiti, nasib baik la driver bas sangat helpful...papa risau doh kut sesat, macam terpencil sangat...sebab dalam perjalanan macam nak masuk hutan jer, dengan bukit-bukau, biri-biri, lembu dan jalan yg semakin mengecil...cuaca berkabus lagi sebab lepas hujan...tup-tup ada universiti di sebalik country-side macam ni..


Bangunan utama University of Wales, Lampeter...dikatakan bermula 1822 lagi, lama tuh!


Bangunan hostel, Lloyd Thomas Hall..di sini la pembentang paper menginap...clear lagi sinar sedangkan masa ni kul 8.30 malam doh lebih kurang..inilah summer, malam kul 9.30 mlm (maghrib)...tidur sini depa caj £63 for 2 nite with 2 days meal, b'fast, lunch & dinner..tapi bab makan tak sedap, catering mat salleh...ganer mung! masak tawar heber...campur confuse halal and suci! pelik kat sini penganjur wat plan...dok kena starang!



dalam bilik hostelnya lengkap...ada katil bujang, almari, meja study dan toilet sekali...puas hati la kalu duk sorang wat master or phd kat sini kebujangan...line internet pun ada, silap papa dok bawa laptop...


Sesi Conference dah bermula keesokkannya...presentation oleh Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (CITU-UiTM), mesti fluent cakap orang puteh...walaupun audien sesi ni 4 orang jer...turut hadir Dr Dawood el-Alami, pensyarah TRS sini..


pastu abru mula majlis perasmian, dari kiri Dr. Mawil Izzi Dien (Reader Department Theology, Religious and Islamic Studies)-jawatan Reader sama dgn Prof. Madya kat Malaysia, then Mr. Ahmad Nazri Sulaiman (Director Malaysian Students Department), Prof. Robert Pearce (Vice Canselor-UoW), Dr. Francis Knight (Head Department TRS ini) dan Dr. Rob Warner (TRS)...


sesuai dgn tajuk conference 'Malaysian on study of Islam'...muka-muka Malaysia memenuhi 90% dalam The Arts Hall ni...sama ada yg sedang belajar di UK [ada dari Lampeter sendiri, Durham, Southampton, Birmingham, Dundee dan Edinburgh) atau yg datang dari Malaysia special macam papa ni...


papa sempat posing kat signboard univ of wales lampeter ni, dalam arts hall...


antara peserta dan speaker dalam salah satu parallel session, sepanjang conference ni..semua ada 6 parallel sessions...ramai jugak presenter mai..dari Malaysia, wakil dari setiap universiti ada mai dan yang teramai ialah dari UKM (more than 8 Orang) dan paling sikit USM (papa sorang jer)


sebahagian bangunan university of wales di Lampeter ni, dikenali bangunan syeikh khalifa yg dulunya didermakan khusus utk pengajian Islam...tapi kini dah bercampur under TRS, Theology, Religious and Islamic Studies (seberang jalan main building)


kawasan Lampeter ni banyak biri-biri, ada juga lembu tenusu...sebab tu ada org kata, Lampeter = lamb..


selepas dua hari 3 hari 2 malam di sini, sampai la masa nak balik, tamat conference...tak sempat join barbeque penutup program sebab dah ambik tiket ke London kul 17.00 ptg dari Carmarthen, pelajar phd kat sini, Mohd Firdaus (UiTM) tolong hantar ke Carmarthen meraikan bakal bosnya akan datang, Dr. Rahimi-Pengarah CITU-UiTM dan Dr. Azam (UiTM), papa tumpang semangkuk jer hehe...pemandangan dari dalam kereta..jalan ke/dari Lampeter ni memang sempit...hulu la katakan!


inilah kereta yg kami naik tadi hehe...acah jer...sape suruh lalu depan papa, masuk dalam kamera la jawabnyer...


ini sekitar bandar di swansea...hari minggu, lengang! cuaca terang, baik...




pemandangan kat sekitar cardiff rasanyer...


Akhirnya, national xpress selamat sampai semula ke victoria coach station di London kul 10.20 malam, papa mea berpisah dgn team Dr. Azam dan bosnya, papa naik victoria-line ke Dollis Hill dan Dr. Azam naik District-line ke Bayswater utk menginap di Malaysian Hall...sampai rumah kul 11.30 malam, ada nasi lauk sup ayam dan tumis bilis, yummi....

Friday, June 27, 2008

Penang to LonDon


Papa-mea nak pergi London rupanyer, pasai tu hantar ibu dan mea balik kampung..papa naik k/terbang besar lagi drp mea semalam hehe...


k/terbang besar..orang pun ramai, dalam 62 baris x 12 seat...wow, dekat 600 lebih tuh! buat per la ramai-ramai ke London...papa duk tepi mat salleh n anak pompuannye yg baru balik bercuti 3 minggu dari Aussie, transit klia, cheers mike!




baik sket naik k/terbang besar plus travel long distant ni, catatan masa dipaparkan untuk memudahkan penumpang...maklum la hampir 13 jam duk dalam pesawat, papa naik dari klia kul 10.05 am dan sampai kul 11.15 malam (waktu M'sia) huhu walaupun kat london ni cerah benderang lagi...tapi masa atas flite, boring yg amat! sempit..nak tido pun susah...




masa ni la baca apa yg ada, habis isi surat khabar dibaca satu-persatu...edit power-point sket utk present lusa, and then tengok gak la ikut skrin kat kerusi tu pandangan satelite mengenai status penerbangan semasa...papa sempat gak tengok 3 movie, main congkak dan who wants to be a millionaire hehe...tapi tu laa...tak selesa, lain la kalau dapat 1st class, ahaks!




Sampai Heathrow, semasa beratur kat imigresen..jupe 8 staf ukm (atas flite main tengok2 jer) yg nak pergi ke Conference yg sama...then ambil tube picadilly-jubilee line ke Dollis Hill [zon 3]..rumah aju & abg zul...area menginap masa tinggal setahun in 2003 dulu, aju dah tunggu dengan masakan asam pedasnyer, ermmm...yummi....sekarang ni pinjam-guna komputer aju, jet-lag tak lena tido dah...bangun la takut terlepas subuh (3.30-4.30 am), sambil tu boleh check latest emel...hehe, kalau sempat, ada lagi tulisan semasa di london akan dimasukkan terus....rindu dah papa kat ibu dan mea!


pandangan dari dalam rumah sekitar rumah aju ni, kul 4.45 pagi dah ni, dah habis subuh pun...

Wednesday, June 25, 2008

MEa & IbU BaLiK KaMpunG


Petang ni, papa hantar mea dan ibu ke Bandara Bayan Lepas...mea nak naik firefly untuk ke sekian kalinya menuju ke Kuantan, balik kampung selama seminggu...papa luluskan cuti yang telah diapply hehe...sian papa, sunyi la seminggu ni...


jangan lupa mea, 2 julai nanti balik semula ke sini...papa akan tunggu, belajar la berjalan semasa kat kampung tu ekk...hehe...jangan pecahkan apa-apa kat sana ek macam yang mea pecahkan semalam hehe..

inilah mangsa tangan mea semalam, sian ibu..abis pasu yg beli dari m'achik..

Sunday, June 22, 2008

HaRi KuarGa P.P.I.K

Hari Sabtu kelmarin, 21.6.2008 tempat keje papa mengadakan sambutan hari kuarga di The Carnival, Sg. Petani...mea suke benor arini hehe...sebelum tu, mea ikut ibu ke SMK Munshi Abdullah for her exam...ini adalah sebahagian foto hari kejadian...


Awal pagi ke SMK Munshi Abdullah dulu...ibu mea duduki exam kemasukan diploma pendidikan untuk ke sekian kalinya...go go chayyoo ibu! Ibu Mea boleeeh....


Syyy...ibu mea sedang tekun menduduki exam..with full of perseverance! Mea & papa tunggu sejam kat luar..lenguh papa kena layan kerenah Mea yang cepat boring duk di satu-satu penjuru..hu3


so, after that baru pi ke Sg. Petani..sejam perjalanan...orang lain pi dengan bas sekolah (2 buah)...takpe la...demi kesantaian bersama, papa drive jer menyusul kemudian...


The Carnival, Water Theme Park, Sg. Petani...kawasan ni baru actually, kurang pokok besar-rimbun, so panas la sket..


Nasib baik banyak bangsal daun nipah ala Bali ni...air pun sejuk!


Mea datang lambat, semua games dah habis dipermainkan hu3...so, takde la wat balik apa-apa hadiah except towel mandi...


Mea santai main bola dulu atas parkir...semua pinjaman ni he3..


Mea jupe geng dia..Najwa Sofea...or Sofea Najwa...not sure! whatever la...hehe


Dekan PPIK, Prof. Dato' Abu Talib bagi ucapan cherish us for coming luangkan masa..dalam 40 staf jer mai out of 110 orang hu3...orang len sibuk!




"Mea tak takut air la korang!"...


1-2-3 cheeeeese hehe...sempat lagi posing midst of crowd...


"jangan korang ingat mea tak reti berenang ekk...i know how hehe.." [kata mea]


Best mea main air...nyesal la sape tak mandi kat sini! tak moo naik...


Dr. H sediakan swimming suit lagi utk anak dier...nanti mea cari satu!


Orang seronok main ombak tiruan "wave"...mea pun lepak jer masa wave ni datang, tak takut air rupanya anak papa...


Dr. Hasmidar sedang monitor anak-anaknya...


on the way back home, mea sleep jer...keletihan main air! sedang mimpi main air kut tu hehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin