alhamduliLlah majlis pertunangan pada petang dan malam sabtu kelmarin berjaya dilaksanakan, ia menyaksikan rumah tokki dan tokwan penuh dengan anak, menantu dan cucu-cucu...macam musim raya jer, sampai time tidur ada yang kena tidur kat ruang tamu...salin pakaian pun kena share bilik, nak masuk bilik air pun kena que haydar, meja makan tak pernah sunyi dari orang dan makanan, cerek air dijerang bersilih-ganti, anak-beranak, adik-beradik dan ipar-duai saling bertukar-tukar cerita...daripada isu gubahan hadiah hinggalah isu nak tukar kereta hehe...
parking kereta pun penuh apabila semua anak-menantu balik
masing-masing bersembang dengan [kelihatan] senyum dan gumbira ...mea pun jadi heppi, hingga malam bertunang tu berlangsung, mea berani merangkak di celah-celah kelompok manusia yang ramai, tidak takut dan gentar lagi...
jelasnya, semua nampak riang walaupun mungkin ada sesetengah yang merase terkilan, ralat dan keciwa sama ada sebab susah nak mandi, susah nak landing (baring) or mungkin kerana beberapa 'kehendak' yang tidak dapat ditunaikan...apa pun, semuanya dah menjadi sejarah, sama ada di sana ada rasa gembire atau ada rasa 'kurang gembire', yang penting suasana nampak sangat gembire dan menggembirakan, maka jadinya...tuan rumah merasa lega, abang-kakak tersenyum-ria, ipar-duai tumpang ceria, anak sedare berseronok juge, para tetamu yang datang pun jadi tak hampa, dan tak dilupakan...para petunang yang dapat cincin dan barang tukaran se'ada-cantiknyer...
kami dah dibook hehe...
paPa mea lihat bertunang ni adalah sebahagian daripada proses untuk hidup berkongsi, dengan pasangan pilihan hati...selepas ni takde lagi hidup bersendiri sebab dah ada teman yang sudah mula menyebati di hati hehe....bermula tika ini, setiap kemahuan, keinginan, hajat dan sebagainya kena 'share' berdua...tiada lagi kemahuan kendiri tapi kemahuan dua-diri...nanti dah kawin lagi banyak kongsi, sebab kawin ni bukan dengan anak si-anu sahaja tetapi ibaratnya berkahwin dengan keluarga si-anu tersebut, maka pembelajaran sosial semakin mendalam nanti...kena cuba mencantum dan menganalisis setiap perilaku supaya melahirkan keputusan 'menang-menang', tapi off-course, bukan macam pembahagian pulau batu putih tu hehe, yg 1 pihak dapat pulau besar dan 1 pihak lagi dapat pulau kocik...itu kalah tu hehe! apa pun, mea, ibu dan papa doakan semoga petunang yang banyak melebarkan senyum pada hari kejadian akan senantiasa tersenyum sehinggalah ke jinjang pelamin dan membawa pelamin tersebut hingga ke anak-cucu, cicit, gamit (bak tau bilang ni..) hinggalah ke akhir hayat...happily ever after...
rupanya bakal kakak ipar Cik Nah adalah papa punyer classmate dulu semasa ngaji di UM-Nilampuri (1992/93) dan UMKL (1994/1998)...[Haslini-biru bergambar dgn ibu & mea]
ibu mea posing ngan Cik Nah (tak ajak pun mea hihi..)
Mea & ibu posing dgn Cik Lah yg enggage malam...hai ibu, baju pun tukar-tukar gak ekk hehe..petang lain, malam lain
2 comments:
hehheheehe.... chek lah dan chek sanah dengan mak andam cute .....
tu la pasai...mak andam muda belia lagi hehehe...
Post a Comment