bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, June 5, 2008

haVoc PetRol NaiK..


petang semalam, pas balik keje..sambil makan sandwich-tuna yang ibu-mea buat, tiba2 dapat call dari Dr.H yang tanya why people queing kat stesyen minyak, adakah harga petrol naik? papa pun dunno..then, kuar berita terkini sidang media PM kata harga naik 0.78 sen...papa pun apa lagi, ambik kunci kereta...and pi que jugak hehe..mea & ibu pun nak ikut same...maklum la tangki kereta dah hampir kosong sejak balik dari Kemaman tempohari, paling last isi kat Jerteh, mesti dah takde mende dah hehe...mesti banyak boleh save kalau isi segera, iya la..kalau 1 liter 2.70, setangki wira mau dalam 43 liter, bermakna kos RM116.10, kalau harga lama yang RM1.92 seliter baru RM82.56. Beza ni dah RM33.54...banyak tuu...

sebenarnya hati ni tak sedap dua tiga hari dah bila dengar kat TV isu minyak jer keluar and ketidakmampuan kerajaan menangung subsidi...walaupun bunyinya macam bulan 8 nanti baru kerajaan nak strukturkan...tapi, nyata kerajaan Malaysia hari ini sudah memang tak mampu nak tanggung subsidi, disamping cakap banyak berbelit huhu...kenape tak kata tak tahu instead of bagi tarikh yang tak betul...bila harga minyak akan distrukturkan...macam aritu la, bila ditanya adakah esok akan dibubar parlimen, dijawabn, parlimen akan bersidang seperti biasa...but malam tu tiba-tiba diumumkan parlimen bubar...why not cakap, rahsia or senada dengannya...paling kelakar isu orang thai beli petrol kat malaysia, dulu larang semasa harga lama tapi tak sampai 2 hari, benar balik...keputusan macam silap mata jer...itulah kabinet arini, ahaks! hee macam marah jer papa menulis kali ni, bukan apa...harga minyak naik 30% ni, hai susah la nak balik kampung acap pasni...huhu...

2 comments:

Cikgu Muazam said...

wahhh, gambar eksklusif kat stesen petronas ni.. hehe.
tu ler ustaz, nak wat camane.. penin gak ni nak budget minyak utk merempit. ekeke.

Tinta Pendeta said...

guna la ngv lak pasni, pasti rempit semakin laju ke depan he3.. kalau motor ada ngv, motor tu akan kelihatan seperti moto apek bawa tong gas dari himna sana, ahaks!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin