
Mengikuti jejak langkah Chekde Noor dalam blognya, maka tidak ketinggalan la rumah mea cuba menyahut seruan cintai negara dengan mengibarkan "jalur gemilang"...walaupun ia tidak wajib tapi mea nak tonjol semangat sikit demi mendapatkan tambahan iman as was said, hubbul watan minal-iman... Perasaan cinta dan sayangkan negara ni kan begitu terasa jika anda berada di luar negara, so mea punya papa..sangat la bersetuju dengan tulisan Che Det dalam kolumnya mengenai perasaan ni..sebab tu papa mea heran bila ada dua rakan papa kat ofis tu beria-ia benar nak berhijrah dan tinggal di luar negara.

Mea selalu gak termenung jauh menerusi jeriji dapur, apa yang akan mea buat bila dewasa nanti!..nak berhijrah ke luar negara gak ker? isyh takkan la...cuma mea banyak fikir masalah dunia hari ni..ceewah, kelas anak papa ni...ialah kan, sekarang ni hambatan dunia semakin kencang...manakala ikutan akhirat semakin renggang...semoga mea tidak tergolong dalam golongan mereka yang lalai dan terbengkalai, mea nak memiliki kualiti insan yang first class, to be number ONE! jangan kome ingat mea yang selalu wat muka lawak selamba ni koman spanar..actually, mea selalu berfikir...berfikir untuk mempertingkatkan prestasi diri, mea nak setiap hari adalah hari terbaik untuk mea...kalau semalam dah baik, arini mea nak tambah nilai supaya lagi baik...hehe!
4 comments:
papa mea beli kat mana bendera tu..... chekdee beli kat giant bukit ab ..... rm5 harga nyer.....hehehehhe
tentang berhijrah ke luar negara ..... masa chekdee merajuk dulu ...ada juga ingat nak duduk kat london ker ...heheheheh.... nak cari rezeki dengan jual nasi lemak jer ....heheheheh.....
hehe...sama la kite pun beli kat giant bayan baru, mahal 0.90 jer sebab bayar tol mahal kut nak ke penang...nasi lemak kat london mahal k. noor, 2 pound sebungkus hu3
nasi lemak boleh dibeli kat Oriental City, ada orang Melayu jual...dulu kedai tu diuruskan oleh kak ani orang kelate, aritu saya pergi dah ada org lain plak ambil alih...apa pun, nasi lemak, teh tarik masih ada...
Post a Comment