Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Friday, August 22, 2008
Mea & Travel Back Home
Ini la rumah tokki Mea, alek beloh papa..rumah ni sentiasa lengang bila bukan time cuti...tokki n tokwan sini dah meninggal dunia 2005 dan 1996, sian kat papa jadi anak yatim piatu huk3...kat sini, Mea suka ambik angin kat depan rumah, angin sepoi-sepoi punyer, masa Mea balik ni..Ayah Long ada balik gak...jadi ramai la geng Mea kat rumah tokki ni, dengan sepupu-pupu Mea yang datang dari Dungun, kat compound umah ni Mea biasanya akan main badminton kih3 (macam iyer jer?)
Di KT ni, Mea juga sempat pi bersiar-siar di Pantai Batu Burok...ramai orang menjual wau tapi papa tak belikan utk Mea hu3, sebab dibimbangi yg main adalah papa sendiri, cehhh..ada satu kelecehan buat Mea kat sini iaitu Mea tak suka pasir yg melekat kat kaki, lepas seketika...hu3 papa la yang kena dukung!
Yooo...Mea dah sampai Taj Mahal, dengan kos yang tak mahal...Mea sekarang bukan berada di India tapi di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu..ada 21 replika a.k.a monumen Islam di sini eg. Kubah al-Sakhra (Palestine), Masjid Sulaiman (Turki), Masjidil Haram (Arab Saudi), al-Hambra (Spain) etc...
ni replika Masjid Mohd Ali, Egypt yg dibina semula dgn skala 1:8...so, quit big gak la...ada sebahagian replika ni leh masuk dalam, ada tayangan video..pameran kecil dan ada real spt binaan 'batu tergantung' dalam kubah as-sakhrah yg berlaku semasa Nabi s.a.w nak mikraj...canteekk..
Kat Taman ni, Mea sempat masuk "endurance" macam sukan yg diminati DYMM YDPA, tapi bukan menggunakan kuda lasak, juga bukan kuda padi, just for beginner hehe..jeng je..jengg "kuda mainan"!
Lepas penat meronda dan bermain, tiba la waktu solat...maka Mea pun pi la solat kat Masjid Kristal yang berhampiran situ jugak...ini la dinamakan, lawatan dalam iman hehe...mengingati tanggungjawab as Muslimah Solehah! Mea insaf dan sedar..walaupun pakai baju seksi bukan main hihii..
Turut berada di Masjid Kristal ni..ibu dan Cik Nah..Cik Nah datang sebab nak ikut Mea pi Penang hehe...welcome to Penang Cik Nah! last Cik Nah mai umah Mea ialah semasa Mea nak kuar dari perut ibu dulu...
Gajah! Elephant! al-Fiil! Itu la yang Mea saksikan semasa on the way ke Penang dari K. Tr iaitu kat sempadan Kelantan-Perak (Grik), terkezutt Mea he3...biasa malam jer ada gajah kat highway ni, papa cakap gajah ni duk tepi jalan sebab nak dapatkan haba panas di waktu kedinginan malam, masa ni baru kul 9.30 pagi..ralit nampak gajah makan rumput tuh!
Sebelum menyeberang Jambatan P. Pinang, sempat juga papa bawa kitaorang melalui kawasan pengundian kecil di Parlimen Permatang Pauh yg akan berlangsung dalam 4 hari lagi, penuh sakan poster dan bendera! meriah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment