bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, April 22, 2009

MiSi di KL sePINtaS LaLu


senin lepas viva semua studen master hadith (semua diluluskan), maka papa, ibu, mea dan wish pun bertolak ke kl..kali ni pecutan laju sikit kerana menaiki kenderaan yang sedikit power hehe..tapi bukanlah 'buraq' dan bukan juga 'exora'..only 'wish'

selesanya sampai mea tidur sambil berdiri...sebenornya mea ni dah ngantuk, pastu tahan tidur maka lagu ni la jadinya...sudah disorongkan bantal pun masih degil hu3

sampai di kl international hotel (klih) yg dipilih oleh ketua penyelidik geran ni kat kg baru-chow kit..

kajian kali ni ialah nak temubual pakar2 kat ipta mengenai 'gelagat pengguna dalam industri takaful'...tapi masalah berlaku, iaitu bila sampai kira2 kul 10 pm..parking hotel dah penuh! aiseyman...papa dah rasa dah bila dpt lo yg akan stay di klih ni, di mana kete papa comel ni nk tidur? jeling punya jeling...nasib baik ada parking berbayar yg working 24 jam..bayar pun bayar la..janji selamat dan sejahtera keretaku!


view kg. baru dan menara kl from our room...juga view klcc yang gah..


esoknya kesemua interview yg dijadualkan terpaksa dikansel sebab semua pakar sibuk...aiseyman, orang datang jauh2...dia sibuk pulak...bagitau la awal2 lain kali, semua surat dan borang dan difaks sebelum ni lagi...so, papa beraktiviti di bilik jer la bersama mea dan wish, serta ibu...aler petang we all pi pesta buku antarabangsa di pwtc...fuyooo...banyak giler orang dan buku...tapi off course buku la lagi banyak...kat sini yg papa tak suka ialah penjual program bacaan dan pembelajaran peringkat pra-sekolah, ramai sekali yg ganggu papa dan ibu...nak jual produk depa untuk mea dan wish hu3...

belon dijadikan umpan utk perangkap mea...mea ambik jer, papa pun okay jer sebab orang dah bagi...tapi utk duduk dan dengar mereka berceramah mengenai kehebatan produk mereka, sorry naik lorry la hehe....ada tu yg mengekor jer papa dan ibu...sampai papa kata sorry tak nak beli...dia cakap takpe dengar saja dalam 5 minit...papa kata nanti you frust dan habis air liur jer...tapi depa ni kata tak beli takpe, iya la tuh...so then, papa blah jer hehe, semua trick macam orang jual insurans la...hampeh!

pastu lapar la plak, so teringat roti bakar di bangi kopitiam yang kak noor belanja aritu...so selepas ibu pun setuju, vroom we all ke melewati pekena roti bakar kaya bermentega...crunchy rotinya, memang best drp di kopitiam kat airport subang yang papa belasah sabtu lepas...kureng sket hehe..after that tumpang solat umah ajoe sat before balik klih semula...(sorry kak noor tak sempat nak singgah he3)

arini papa and the geng berjaya buat dua interview di um dan darul takaful...pastu free...so bawa lagi sekali ibu, mea dan wish jalan-jalan...kali ni area kelana jaya (brothers) dan pantai dalam (kenangan tempat belajar kat um dulu)...pekena roti bom...masa ni disedari tubuh mea dah panas...rupanya mea demam...tu la papa suka sangat bawa anak-anak jadi lasak!

sian mea..landing jer sejak balik ke hotel, baru sekejap tadi mea muntah..banyaak! habis lengan dan seluar papa tempiasnya...aroma muntah mea pun ehemmm...lumayan! mungkin boleh jadi badang zaman moden kalau ada sesiapa yang berani me&*(&^%-nya hehe...esok nak balik penang dah, hopefulli mea recover by tomorrow...ubat pun dah bagi tadi!

2 comments:

.::.PeaNuT.::. said...

bilee nak memecut ke melaka.ehek hek eheek..
nok tumpang etek naik wish.
uhuuuuuk uhuukk..

Tinta Pendeta said...

hehe..kalu dpt cuti panjang, dpt la ke melaka nanti makan asam pedas kat umbai tuh hehe...tapi ibu mea tak suka papa ke melaka, kut papa gi kg 'kawan lama' papa...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin