Dalam hadith disebut "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya"..dan kegembiraan ketika berbuka puasa antaranya ialah sebab dapat merasa nikmat "makan" setelah menahan lapar seharian, kadangkala makanan tu biasa saja..tapi sebab berpuasa, maka nikmatnya tak terkata..di sini, erti lapar dan syukur diterapkan agar umat Islam sentiasa syukur dengan rezeki, dan pada masa yang sama tahu perit-jerih perut insan-insan yang malang yang sukar nak dapat makan..
serentak dengan ingin merase nikmat berbuka inilah, papa bawa famili di weekend baru2 ni balik ke kampung kemaman instead of balik terus ke penang (sebab dari KL), ialah cuti weekend masih ada 2 hari..seramai 5 kuarga besar dan kecil berkumpul rumah mak bak untuk sama-sama berbuka pada 1 ramadhan tu...Chef Kak Dah sedang memanggang ayam tuh untuk sediakan juadah ayam percik, larisss ayam ni hingga tinggal 2 ketul jer semasa sahur heh..heh..hehh (memang berpuasa benar lagu nim)
haa..ni bubur lambuk cap pasar ramadhan kemaman..papa main tunjuk jer, bubur lambuk terengganu berbeza dengan negeri lain sebab kite (ganu kite) letak banyak daun ulam/sayur seperti pucuk paku, pucuk midding, daun kadok dll dalam bubur nasi ni...so lebih sodapp dan bersayur-mayur la...juadah ni biasa ada di bulan pose jer, jarang orang buat di bulan tak poser...
gitu jugak la dengan netbak..hanya sale on ramadhan...so dikesempatan balik ni, ibu mea yang kaki netbak telah memborong sampai habis netbak kak makcik tuh...ganas2 ibu...heh3...sebenarnya ada 4 kuarga order sekali hehee...apa pun, netbak memang okei la, dapat tambah tenaga...masa 1 ramadhan aritu, tak sempat orang habis terawih, 40 biji netbak di dapur telah sold out...memang permintaan tinggi tul, apakah?
haa ni ketupat pulut daun palas terengganu...papa beli kat pasar ramadhan kemaman 3 for 1RM...dulu masa papa kecik2 tahun 1980-an dengan duit 1RM boleh dapat 12 biji, itupun nenek papa yang buat ketupat ni dah rasa macam susah nak laku...tapi kini, beza nau harga dengan masa kini...mahal macam bedil! apa pun nak makan punya pasai, beli jugak..ialah..untuk menggembirakan orang yang berbuka puasa..tapi ingat, jangan sampai membazir! so selamat berpuasa dan berbuka...
2 comments:
Sofiah suka makan ketupat tu......
memang sedap kalu makan dgn ikan panggang...silap aritu tak bungkus yg rebus wat balik!:(
Post a Comment