bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, September 9, 2009

Bazar Ramadhan


setiap hujung minggu papa bawa ibu, mea dan wish ke pasar ramadhan yang jauh sket iaitu di Bayan Baru..pasar ramadhan ni paling besar kut berbanding di sekitar usm seperti di depan kompleks RST, depan Sg. Dua, Gelugor, Medan Suri atau pun di Taman Saadon/Brown..apa yang biasa kami beli ekk, biasanya kuih2 jer la seperti murtabak dan takut nak beli lauk kut yg entah bila dibuatnya (yang tak laku)...cuma aritu pernah beli lauk udang besar, bestt walaupun mahai...


satu malam lepas, papa dijemput ke malam BBQ studen aman-damai yang berjaya dan menang pertandingan pentomin peringkat usm baru-baru ni...dengarnya depa dapat hadiah duit yang banyak jugak walaupun di tempat ke-3, so selepas terawih pi rasa ayam, sosej, ketam bakar dulu hehee...tahniah dan terima kasih!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin