lepas sampai dari solo kul 3.00 pm, papa sempat tidur sejam before bertolak pulak ke bentong untuk perasmian program baktisiswa usm esoknya, sampai kul 12.00 am pusing 2 kali bandar bentong cari hotel...nasib baik ada lagi bilik kosong walaupun katilnya tak macam katil queen pun hu3, saiz king jauh sekali!
mea posing depan rumah rehat raub, tempat penginapan selama di sini...we check in di sini after selesai majlis perasmian utama di bentong..ini kerana desasiswa papa di tempatkan di kg. pampong dalam daerah raub...semuanya ada 12 desasiswa di 12 kampung yang berpecah2 di 3 daerah iaitu bentong (4 desa), raub (2) dan lipis (6)..
dah takde tempat nak main dah...ikut kome laa, janji jangan gaduh! biasa la budak2 kocik nim..over all, 3 malam gak kami tido di sini..mulanya seram gak sebab orang kata rest house ni 'keras'..maklum la, lantainya tile hehee..
ketibaan anak-anak angkat di kampung selepas majlis di bentong, semua pakai vest dan t'shirt khas sampai ADUN tak puas hati vest untuk dia takde hehee...jangan juga tak tahu, di sini takde line h/phone hatta celcom sekalipun...so studen dibekalkan dengan walkie talkie tp 3 jer..berebut la kome guna..
ini barisan orang kuat kg. bukit pampong, dlm mukim dong...berbaju t'shirt putih belang no. 1 berseluar jeans tu adalah Dato' Shahirudin, ADUN Dong dan sebelah kanannya ialah Tok Empat (ketua kampung) kg. bukit pampong, En. Alias...lain-lain adalah ketua dan wakil agensi daerah seperti jasa, polis, risda, jkr dll
semasa memantau program berjalan, papa sempat ke hulu jalan kampung ni, menelusuri hingga ke Lata Jarum yang berada di puncak kaki bukit...kebetulan air besar akibat hujan malam tadi! tu dia...tengok saja laaa...
posing jer laa...wish terpegun tengok air terjun...papa datang sini bukannya apa, malam nantinya papa kena bagi ceramah kat orang2 kampung..siap sembelih lembu lagi sekor sumbangan jasa (jabatan hal ehwal khas), ingat lama la kena ceramah, rupa2nya before majlis tok 4 bagi nota setengah jam jer hehee...mujuqq!
No comments:
Post a Comment