bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 7, 2009

SoLo & GontoR

solo dan gontor adalah 2 daerah di jawa tengah di mana papa sempat menjejakkan kaki di sana jumaat lepas..nak citerkan pengalaman ke sana sungguh mencabar huhuu...dimulai dengan transit di tune hotel kat lcct sebab flite kuala lumpur-solo jam 6.55 am (airasia only). so jam 9.00 pm papa dah amik airasia dari penang dan jalan dari lct ke tune hotel yang hanya 10 minit jalan kaki, kalau naik bas/van RM1 tapi malas nak tunggu..nak masuk tidur cepat2 sebab esok nak check ini awal. sebut nama solo, maka papa pergi pun solo laa..kecuali kawan papa pergi berduet sebab dia suami isteri akan jadi presenter di sana.


papa datang ni sempena Wacana Pendidikan Islam siri ke-7 yang dianjurkan bersama oleh UKM dan Pondok Modern Gontor (dikenali juga Institut Studi Islam Darussalam atau Universitas Gontor)..flite dari kl ambil masa 2 jam setengah ke solo dan masa di sana kurang sejam dari malaysia, meaning kalau landing kul 9.30 am, kena putar jam jadi 8.30 am.


sampai di airport adi sumarmo, rupanya ramai member papa dari universiti-2 di malaysia yang turut hadir menaiki flite yg sama as Dr. Zawawi Ismail UM (member SMKA Tok Jiring), Ust. Kamarulazmi Jasmi UTM (member UMKL), Dr. Aderi Che Noh UKM (senior Kisas), Mejar Azmil Hasyim KAGAT (senior Kisas) dan rakan-2 UPM dan UKM yang biasa jumpa jika ada seminar mengenai pengajian Islam...so, suasana di sini rancak dan penuh sembang laa...kami semua diisi dalam 2 bas pendek...dengan perjalanan dari airport ke Gontor mengambil masa 3 jam dengan jalan berliku-liku..


ni wisma Gontor 1 yang jadi tempat penginapan kami..ada lagi Gontor 2 yang jadi tempat belajar pelajar foundation, di mana sebahagian besar pelajar sini juga adalah dari Malaysia dan Patani yang membentuk 4000 pelajar Gontor...yuran pondok di sini paling murah iaitu pendaftaran RM1000 dan bulan RM120 sahaja, just for food!


perkarangan CIOS-centre for Islamic and occidental studies di ISID-Institut Studi Islam Darussalam..dikenali Gontor 3 rasanya, di sini menyediakan pengajian level universiti..pondok di sini bergerak atas biaya wakaf dan aset perniagaan yang menanggung semua pembangunan dan gaji guru-gurunya..jenama barangan pondok moden ni ialah "la tansa" yang mempunyai toko buku, mineral water, syarikat percetakan, dusun dll..


siapa sanggup makan? dahsyat...depa ni manfaat semua bahagian ayam...bahagian peha dengan kaki dan kuku terus tanpa dipotong huhuuu...ada member yang selidik ayam ni ta proper disembelih huhuu...apasal la urusetia berhenti kedai nim??



solo adalah kota batik...ni sekitar pasar klewer di benteng, solo...sebahagiannya jual harga pass (harga tetap), batik sutera pun ada..papa beli untuk ibu 4 meter Rp200,000 comeeeel hehee...


tanaman jagung bertingkat..orang jawa ni suka berkebun, di sekitar rumah pun banyak bertanam


rakan dari upm pagi2 dah meronda dengan kereta kuda


kesibukan kota surakarta (solo) di pagi ahad, ni masa nak ke airport balik Malaysia...memang suspen giler pagi tu bila supir yang ditunggu sejak 3 pagi hanya 4.3o pagi baru mai, hp plak di'off huhuu..dah la airport jauh..bimbang terlepas kapal terbang jer...bila check in airasia plak tak boleh check in terus ke penang, kena check in sekali lagi di lcct, risau papa kut tak dan sebab transit hanya sejam setengah jer..alhamdulillah flite sampai awal setengah jam, so selamaat...

2 comments:

Ibu dan Abah said...

waaa...berjalan makan angin sambil timba ilmu...pahni terbang ke bangkok lok deh?hebat2...sama taraf nge PM dah kebizian abg jash..huhu

Tinta Pendeta said...

hehee...asia jer jiha! naik pun airasia...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin