Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Sunday, February 28, 2010
aL-kiSaH KeK iBu
tepuk telur kuat-kuat mea...gaul dan putar...hai anak papa belajar wat kuih ketika papa gi oversea yaa..bagus macam ni, isi dengan aktiviti bermanfaat!
inilah hasil kerja tangan mea dan ibu...deng..de..dengg! kek marmar...mulanya macam tak caya gak papa bila tengok kek ni dalam microwave, ingatkan made in tesco...rupanyer made in rumah ni...
tujuannya untuk celebrate back-dated papa punya birthday ! ala susah-susah jer ibu nim... nim yang papa koho sayang kat ibu nim hua3...
ni pula, 'geng mesyuarat tepi jalan' yang dianggotai oleh wish, mea, adam, alif, sofea dan alesya (belakang tu)...dorang nim, lepas penat pakat masuk rumah minta sirap dengan ibu, sian ke ibu jadi macam taukeh kafe pulak! takpe la bebudak...
BruNei DaruSsaLaM
papa sampai ke brunei pada 00:20 iaitu sempena hari kemerdekaan brunei ke-26 dengan menaiki royal brunei, first time ever, sebelum berlepas ada bacaan doa dalam flite nim dan tiada arak dihidang, cayalah brunei! oleh kerana subuh 5.15am, lepas tidur kedua dapat tengok perbarisan sambutan kemerdekaan melalui rtb, papa sampai ke stadium ni sebelah petang bila jalan-jalan ricky naik bas...maklum la arini brunei cuti dan papa pulak terpaksa datang awal sehari kerana tiket untuk malam esoknya kehabisan huhuu...
memang salute la yang Brunei ni semangat Islamnya tinggi, masjidnya cantik dan menawan, siaran tv-nya banyak program agama...atasnya ialah masjid omar ali saifuddien, bawah masjid jame' 'asr hassanil bolkiah dan tu gambo dalam masjid jamik..comel sungguh laa..dengan aircond, marmar, karpet dan ruang untuk berzikir/selawat...actually tak boleh ambik gambo dalam ni, tapi alang2 sampai dan bila kelih kiri-kanan tiada manusia lain maka 'snap' la sat..kire souvenier hehee..
inilah tempat seminar berlangsung di rizqun international hotel, area gadong...ni hotel 5 star nim tau..dan dalam biliknya fullamak, kalah puteri pan pacific johor bahru yang papa pernah menginap, eksklusif dan mewah dengan 2 bilik air...kalau ibu, mea dan wsih mai sekali, sure lagi happening dengan tak payah berebut toilet, ahaks!...nasib baik la kelayakan hotel di brunei, usm bagi RM480 semalam, so boleh bayar...jangan risau! kat sini chanel rtm1 dan rtm2 pun ada utk tengok perkembangan di malaysia..biasa la, serumpun! yang bagusnya, dalam mini bar (peti aisnya takde arak..air tin lain ada...apasal Malaysia tak leh wat gini????), haaa...saper nak jawab?
inilah bas mini yang papa naik, sekali naik BND 1.00 sahaja...tapi bersamaan RM2.40 kita huhuu...kat sini duit brunei dan duit singapore diterima, sama nilai...sama ada untuk bayar teksi, pakaian, dan makanan...jalan kat sini pun tak sibuk sangat, dan bandarnya kecil saja...papa jalan sehari sahaja dah takde tempat nak pergi dah huhuu...yang hampir sukar dilihat di sini ialah teksi dan motosikal, maklum la orang brunei kaya-raya..semua ada kereta sendiri!
tak jauh dari sini ialah tamu kianggeh, kat sini banyak dijual pusu (bilis), ikan-ikan masin, pisang dan hasil kampung...papa window shopping jer! tengok tempat orang tapi, ermmm...nampak semacam di jalan tar di sini iaitu mat indon dan bangla lepak sambil duduk-duduk di beberapa penjuru!
ini panorama jalan di bandar seri begawan, oleh kerana arini cuti umum...jalan sedikit lengang..yang ramai kat pasaraya sini seperti biasa-lah mat bangla, indon dan pilipino yang kerja kat sini, sambil jalan-jalan...dan rewang-rewang...
pemandangan kampung ayer brunei dan bot menunggu untuk ke sana, papa tak sempat nak ke sana...sebab jalan sorang jer aritu, kut kena culik hehee (macam daaa)...ada kawan yang sempat pergi, dengarnyer ada gak dijual di sana hasil orang kampung ayer...next time la bila ibu, mea, wish dapat join nanti...bila? tunggu banyak duit semula kih3...
ini plak pasar malam yang diadakan setiap hari di gadong ni, bersebelahan dengan hotel rizqun..so hari-hari mai sini untuk beli dinner, kat sini nasi ayam, nasi katok (nasi, ayam goreng dan sambal), nasi ayam penyek (macam selera indon) boleh dibeli semurah BND 1.00 sahaja...nasi pusu (macam nasi lemak) dijual BND0.50 je bah...dengan ikan, ayam dan kambing bakar lagi, uisyhh jalan di sini macam jalan di bazaar ramadhan rasanya...aneka pilihan ada, so malam2 tak lapar, dengan kuih-muih brunei yang pelbagai dimensi dan balutan...di sini juga, papa sempat ke pesta buku brunei dengan tumpang kereta kawan yang drive daripada kuching (12 jam drive), so leh teroka banyak gak tempat tapi sesat dan tak jumpa kedai makan...sebab tak banyak signboard di sini seperti di Malaysia, alih-alih balik beli di pasar malam juga kwa..kwa...kwaaa.....tau takpe!
Sunday, February 21, 2010
HaPPy BiRtHDaY PaPa
Post kali ni dari IBU Mea&Wish...sebab yg utama nak wish kat PAPA "Hepi besday to you, papa..." Today umur PAPA dah bertambah satu angka...IBU doakan semoga PAPA sentiasa Hepi, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk terus menjaga dan menyayangi IBU, MEA dan WISH..InsyaAllah...
Sempena harijadi PAPA, IBU nak ucapkan terima kasih banyak2 daun keladi gitu diatas segala pengorbanan dan keprihatinan PAPA kepada IBU dan anak2...:)
IBU jugak mohon maaf sebab tak sempat nak sediakan kek,ahaksss...kek segera la maknenyer....esok PAPA dah nak berangkat ke Brunei, tinggallah kami 3 beranak huhuhu 5hari tu..lameeeerr....okielaa dulu utk post kali ni, baju PAPA x pack lagi...
Lagi sekali, ramai2 kite nyanyi lagu....HEPI BESDAY TO YOU...HEPI BESDAY TO PAPA...HEPI BESDAY TO YOU...MMuuuahhhh..
ShaH AlaM
pemandangan shah alam from our room di Quality Hotel, dua malam menginap di sini cukup la mengingatkan semula kenangan lama di shah alam...di sini, papa pernah mengajar di seksyen 16 dulu iaitu tapak asal kisdar (kolej islam darul ehsan) yang kini berpindah ke nilai menjadi kias (kolej islam antarabangsa selangor), papa mengajar 6 bulan saja sebab lebih minat stay kat kolej twintech kat sri damansara..
selepas check out, we move to IKEA...tempat yang tak asing lagi bila ada masa terluang ke Lembah Kelang nim...terasa macam dah ada rumah sendiri jer bila duk memilih barang2 perabot dan kegunaan rumah di sini, ibu asyik duk tengok pelbagai bentuk kabinet dapur! ishhh...ishhh...ishhh...
kami minum petang di Kemensah, melewati (?) rumah chekdeenor mea/wish dan ayah de wan...ini area belakang rumah, papa terlupa plak nak amik gambo depan rumah hu3...comel dalamnya, so unique and tersendiri...banyak idea renovation rumah dipelajari daripada tuan rumah hehee..tenkiu nanti kami tiru sket sebanyak esp. kat lampu bilik air tingkat atas sekali, ibu berkenan tu...!
di KL, kami bermalam di Mutiara Damansara rumah ayah mie mea/wish, maklum la sini dekat dengan IKEA...sambil tu dapat la beramah mesra dengan amie skuarga, daniel dan kak long...tengok tu daniel, "wat apa tu"" hihii...dengar mama-nyer citer, itu la habit daniel! melombong bijih di Damansara, ahaks.
Thursday, February 18, 2010
KeMaMaN
rumah ni ada ketika geger (hingar-bingar) dan melimpah-ruah hingga sbhgn kecil penghuni terpaksa sewa bilik di rumah tumpangan shafura...dan ada ketika pula sunyi-sepi dengan tinggal 2 penghuni tetap je iaitu mak & bak...plan asal kami tak dapat balik, tapi ketentuan-Nya dapat jugak kami balik, ibu dpt pekena nasi lemak kerinduannya...papa jer cari 'jeruk mamang' takde hu3...nak jumpa marisa, marisa dah balik kelate..kali ni banyak keropok keping diimport ke penang, leh la sape nak merase dengan 'membeli' drp kami hi3...
bekerja keras budak 2 orang nim, main dengan troli tokki..mea la, jemu sikit duk atas rumah akan ke tanah, smd main pasir bawah rumah or main troli tolak keliling..terutama setelah geng dah balik gombak (kak nabila)
Tuesday, February 16, 2010
PerJaLaNaN iNi
"papa nak gi mana? wish tolong masuk gear!" cepat papa..
eee...berbunga-bunga dua orang budak nim! hentam jer laa..main pasir mike bertige yer..
umah sewa ayah long mea/wish di dungun..selalu tempat singgah on the way trip k.terengganu-kemaman yang ambik masa kurang lebih 3 jam
main buai umah mak long..main sorang2 jer!
mea main bawah meja masa makan kat mesra-mall kemasik, saja masuk TMC aka Giant yang baru beroperasi..
Saturday, February 13, 2010
RuMaH-rUmAh
rumah moyang mea/wish di teluk menara..tengahari sabtu kami dijemput makan nasi oleh tok 'yang, yoma & mazila dgn masakan gulai ikan haruan daun kesom, sayur terung, ikan goreng, tembikai, ikan kering, ayam pencen dll..yummi! acap dah tok 'yang ajak makan nasi sini dan kali ni papa approved hehee...
after that, singgah plak kat rumah tok yam di teluk menara..makan abc yang tok yam jual plus keropok lekor dan pisang goreng..walaupun gerai ni kecik je, RM30-50 sepetang tak susah nak dapat esp. kalu cuti skoloh...so, kalu gerai besor tentu lagi besor masyuk..so pakat2 la berniaga...
"tingginya tangga!", itu la komen orang2 tua yang datang ke teratak baru mak ngah mea/wish ni...
rumah baru mak ngah mea/wish ni terletak di chendering..yang masih dalam proses pemindahan...so papa mai buat ramai, tolong angkat apa yg ringan kih3! macam istana hang jebat!
Friday, February 12, 2010
KliNik GiGi
semalam ibu ada appoinment klinik giginya, so papa kena hantar la as driver and pengasuh sementara ibu di'kerja'kan oleh doktor rohani..penat gak berkejar dari hospital besar, sebab pagi-pagi papa diarahkan TNC/Penggawa jumpa ibu kepada pelajar aman damai yang excident aritu, ni pasal nak transfer anaknya ke husm kubang kerian, sebab orang kelantan, kesian dah 6 hari mak dia berkampung di hospital tunggu anaknya yang 2 hari pertama dulu koma, then ada pendarahan dalam kepala...pas 2 hari baru sedar..semuge pasni sihat semula utk sambung belajar..kisahnya, 2 orang pelajar perempuan ni ke area komtar untuk cari makan, excident dalam kul 11.00 malam lebih kurang, tapi nasib baik kawan2nya call pagi esoknya kat kami semua, tak ler kacau tidur heheee...
masa meeting malam semalam, ada lagi kisah studen usm excident dan kali ni meninggal dunia, berlaku di kampus nibong tebal di mana pelajar master di langgar pelajar phd, keturunan arab..org arab ni memang naik kereta macam di padang pasir, langgar lampu merah...kat sini pun hampir gesel kereta papa...depa ni tak tahu duk dalam bandar mo'ohnya...apa pun, kepada semua pelajar usm dan lain-lain pun, hati-hati memandu! papa mea/wish pun sama...hati2 memandu hehee...petang ni nak balik kampung, ahaks! alhamdulillah cuti lulus dan orang yang nak mai penang tak jadi mai, apa lagi..horeyyyy.....
Thursday, February 11, 2010
SaJa
ganaz adik wish leni...panjat wish! jangan tak panjat...bergayut lagi...dan lagi...suka nau bergayut, even di baby chair pun dia bergayut...
hujung minggu baru ni, jalan2 ke seberang dan balik naik feri...mea gayat dan takut tu kena letak situ...bakpe, saja..
ini laa studen papa utk his213 semester ni, tak ramai! pernah ramai sampai 50 lebih...ni last kelas semalam before cuti raya cina, bagi depa test dan nanti akan diambil alih oleh partner...he3
Sunday, February 7, 2010
FoRum PMIUSM
ini la bannernyer sira! hehee...lama papa tak join projek anjuran pmiusm so kali nim papa terima pelawaan untuk bincang pasal mahar aka mas kahwin. dewan kuliah dkg31 kat pusat pengajian sains matematik penuh rumbu...maklum la, studen muda-mudi yang belum berkahwin akan sangat terpanggil bila nak dengar isu kahwin-mahwin nim...dah lama sangat asyik tumpu kat program desa sajer, so meriahkan sesekali program pmi...antara isu yg dibincangkan ialah persoalan mas kahwin yang semakin tinggi hingga menyusahkan golongan muda yang nak kahwin arini...anak-anak asal boleh kahwin, naak ajer, ibu bapa plak fikir nilai mas kahwin anak yang nak taruk, letak koman-koman kan, nanti dikata anak koman, so letak la tinggi...
Dalam mencari banner nim, papa terjumpa coretan dalam blog 2 orang studen mengenai papa...dan rasanya i know who is she and who is he...nasib baik dua orang nim tulis yang bagus tentang papa mea/wish nim hi3..
Blog 1 - promosi tentang forum mahar si dia di atas...
Jom Pi..Memang gerenti best...Pensyarah USM yang paling kelakar..DR JASNI..aduh..kuliah dia memang kami rasa terhibur,dan ilmu juga sangat baik..Dr Hasanah juga pensyarah yang suka Berceloteh...hehe...
Blog 2 - cerita pasal dia dan tutorial
Ceritera 2
Aku tekad, pape hal aku kene jumpa lecturer jugak. Surf internet dalam pusat pengajian ilmu kemanusiaan tengok lecturer yang mengajar. Sorang lelaki Dr. Jasni) dan sorang perempuan (Dr. Hasanah). Sah2 aku nak jumpa lecturer perempuan, sekurangnya kene marah, marah2 sayang gitu.
Jam 4 ptg, lepas mandi dan solat, aku dengan semangat ke PPIK untuk bertemu muka dengan Dr. Hasanah, tapi sudah termaktub disoftboard, Sebarang Perbincangan HIS213 Sila Jumpa Dengan Dr. Jasni (C20 037). Terima Kasih
Aku melangkah longlai ke bilik Dr. Jasni, dibilik Dr. Jasni nampaknya ada orang, hampir 30 minit gak aku menunggu penuh berdebar, camner gamaknya Dr. Jasni nie. Selepas orang itu beredar, aku masuk... Dr. Jasni sambut aku dengan senyuman lelaki macho.
Aku: Dr, saya nak daftar tutor
Dr. J: Awak tak pergi class ke td?
Aku: Saya pergi pukul 9, tapi takde orang pun
Dr J: Laa, awak nie, kelas pukul 10, bukan 9.. nah ambil kertas nie dah tulis kelas tutor mana awak nak.
Tiba2 terasa tebal muka aku sambil memilih kelas tutor hari isnin jam 10pg.
Aku: Satu lagi Dr. kelas hari rabu saya clash
Dr. J: Nak buat camner, saya buat tutup mata je la. Tapi make sure awak cari nota2 lepas
Terima kasih Dr, aku keluar dengan mata berbunga2 riang
Friday, February 5, 2010
SorrouNDed by TreES
Wednesday, February 3, 2010
3 DaRa PinGiTaN
Monday, February 1, 2010
WeeKEnD-SuKaD I
weekend baru ni ada sukad fasa 1, so 2 petang mea/wish datang teman papa bagi sokongan kat pasukan aman (bolasepak), walaupun aman-damai kalah di suku akhir, takpe laa..hoki lelaki/wanita sampai separuh akhir..bola tampar dan badminton tak sempat mara..tunggu next week lak ada lagi sambungan fasa 1...pastu nanti game akan berpindah ke kampus nibong tebal dan kubang kerian...tungguuu!
weekend baru ni juga mea/wish pi menyambut birthday anak dr.nik rusila (zeti-4 tahun), fellow aman...macam birthday mea lak..sebab mea pun turut sama naik masa hembus lilin...ppuhhhh! oleh kerana kak nik orey kelate, maka menu utama ialah 'nasi kerabu'...
Subscribe to:
Posts (Atom)