Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Sunday, February 7, 2010
FoRum PMIUSM
ini la bannernyer sira! hehee...lama papa tak join projek anjuran pmiusm so kali nim papa terima pelawaan untuk bincang pasal mahar aka mas kahwin. dewan kuliah dkg31 kat pusat pengajian sains matematik penuh rumbu...maklum la, studen muda-mudi yang belum berkahwin akan sangat terpanggil bila nak dengar isu kahwin-mahwin nim...dah lama sangat asyik tumpu kat program desa sajer, so meriahkan sesekali program pmi...antara isu yg dibincangkan ialah persoalan mas kahwin yang semakin tinggi hingga menyusahkan golongan muda yang nak kahwin arini...anak-anak asal boleh kahwin, naak ajer, ibu bapa plak fikir nilai mas kahwin anak yang nak taruk, letak koman-koman kan, nanti dikata anak koman, so letak la tinggi...
Dalam mencari banner nim, papa terjumpa coretan dalam blog 2 orang studen mengenai papa...dan rasanya i know who is she and who is he...nasib baik dua orang nim tulis yang bagus tentang papa mea/wish nim hi3..
Blog 1 - promosi tentang forum mahar si dia di atas...
Jom Pi..Memang gerenti best...Pensyarah USM yang paling kelakar..DR JASNI..aduh..kuliah dia memang kami rasa terhibur,dan ilmu juga sangat baik..Dr Hasanah juga pensyarah yang suka Berceloteh...hehe...
Blog 2 - cerita pasal dia dan tutorial
Ceritera 2
Aku tekad, pape hal aku kene jumpa lecturer jugak. Surf internet dalam pusat pengajian ilmu kemanusiaan tengok lecturer yang mengajar. Sorang lelaki Dr. Jasni) dan sorang perempuan (Dr. Hasanah). Sah2 aku nak jumpa lecturer perempuan, sekurangnya kene marah, marah2 sayang gitu.
Jam 4 ptg, lepas mandi dan solat, aku dengan semangat ke PPIK untuk bertemu muka dengan Dr. Hasanah, tapi sudah termaktub disoftboard, Sebarang Perbincangan HIS213 Sila Jumpa Dengan Dr. Jasni (C20 037). Terima Kasih
Aku melangkah longlai ke bilik Dr. Jasni, dibilik Dr. Jasni nampaknya ada orang, hampir 30 minit gak aku menunggu penuh berdebar, camner gamaknya Dr. Jasni nie. Selepas orang itu beredar, aku masuk... Dr. Jasni sambut aku dengan senyuman lelaki macho.
Aku: Dr, saya nak daftar tutor
Dr. J: Awak tak pergi class ke td?
Aku: Saya pergi pukul 9, tapi takde orang pun
Dr J: Laa, awak nie, kelas pukul 10, bukan 9.. nah ambil kertas nie dah tulis kelas tutor mana awak nak.
Tiba2 terasa tebal muka aku sambil memilih kelas tutor hari isnin jam 10pg.
Aku: Satu lagi Dr. kelas hari rabu saya clash
Dr. J: Nak buat camner, saya buat tutup mata je la. Tapi make sure awak cari nota2 lepas
Terima kasih Dr, aku keluar dengan mata berbunga2 riang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment