mea tahan diurut oleh mak chaq kat kg. sg. ara...papa bawa ke sini bila mea kesakitan sebelah tangannya selepas bangun tidur petang tu, ingat terseliuh...bila sentuh jer sakit mengadoi-ngadoi...lengan macam tak boleh nak pegang langsung, risau...mula-mula petang tu bawa ke klinik, bila masuk je bilik doktor..keajaiban berlaku, semua yang mengadoi dn tak boleh disentuh tadi tiada lagi..doktor pegang dia diam saja macam tak sakit apa-apa...malu plak papa, so doktor bagi ubat demam/tahan sakit...tapi bila naik kereta dan sampai rumah, sakit semula dan tak boleh sentuh...isyhh budak ni, ingat kut dia tahan sakit je depan doktor! so malam tu bawa jumpa mak chaq...masuk jer dalam kereta on the way ke sana, tangan tadi elok-elok pegang pintu hu3...sampai sana seolah dah baik, tapi suruh gak mak chaq rasa...itu la antara lakonan dan realiti damea...
.rumah di sg. dua sedang hebat dikemaskini aka renovation aka upgrading hehee...ada orang mai pasang grill, wiring dan plaster ceiling serentak, so banyak la kereta dan lori depan rumah ni...pasni comel la umah mea dan wish ni, tinggal beberapa kerat lagi yang belum di setel such as kitchen kabinet, pagar dan garden, apa pun akaun simpanan papa semakin susut dengan bertambahnya aksesori kat rumah ni...itu la, we have to lose something in order to get something else...yor loo ko? iyoko..
.ni kisah pcikpu yang aritu datang bercuti di penang, dia dapat cuti 2 hari daripada kem dia so dapat la budak2 ni berkawan sat. seperti biasa..mula-mula pcikpu naik kereta papa masa amik kat jeti, semua menikus, mea yang sedang duduk depan terus sembunyi sebelah papa..teruk papa memandu dengan kongsi seat with mea kat sebelah pintu, nasib baik malam hu3...darwish kat belakang pun malu-malu...lepas malam tu, semua dah jinak dah!