Sibuk nau akhir-akhir ni sampai nak tulis something dalam blog ni pun tiada masa. Sibuk bukan sebab kerja sangat, tapi sebab rasa rest tak cukup walaupun kelihatannya jam tidur semakin meningkat hu3...apa pun, tidur itu ibadat jika dimanfaatkan untuk menambah kekuatan pada ibadat!
.
Dua isu penghuni baru yang teringin ditulis kali ni ialah mengenai pendaftaran pelajar baru di desasiswa khasnya, dan usm amnya,. Sabtu lepas, 3hb Julai...aman damai menerima kira-kira 230 penghuni baru dalam sesi kemasukan pelajar baru tahun 1 ke usm bagi sidang akademik 2010/2011 ini. Tak ramai mana. By 11.00 tengahari suasana dah lengang di meja-meja pendaftaran dan by 12.00 komputer dibungkus semua (tahun ni pendaftaran online terus ke sistem pusat). Gempaknya pendaftaran tahun ini, aman damai dijengah oleh dua orang kuatnya iaitu NC dan TNC HEPP dan sempatlah berucap dan menjawab soalan-soalan cepumas daripada para ibu bapa. Tahun ni juga tiada lagi ibu yang membawa tilam ke padang untuk dijemur dan ditepuk-tepuk hi3...so petangnya, dapatlah papa tidur.
.
Kisah penghuni baru kedua ialah mengenai rumah no. 17 lorong seri murni 7...berita baiknya, pokok serai yang ditanam hidup dengan baik hasil limpahan hujan beberapa hari kebelakangan ini. cuma anak pisang dan kari tidak menunjukkan hayatnya berpanjangan, semuanya gersang dan kekeringan. Pagi ahad baru ni sempatlah tanam beberapa anak kemangin dan sedikit menerah dan membuang rumput-rumput yang panjang. Orang buat grill juga berjaya dipanggil walaupun harga yang diberitahu sedikit mengejutkan compare rumah unit tengah. Inilah nasibnya bila beli rumah tepi yang tingkap dan pintunya hampir sekali ganda banyaknya dengan orang lain. Jiran sebelah rumah pun sudah disalami, dan berpakat untuk sama-sama membina penghalang antara antara kami. Semuge kuranglah bau setanggi or bau-bau yang menajamkan hidung kami nanti ya Mr. Ramesh.
2 comments:
nanti cuti aku p jln sana...
kalo dpt weekend jhung mggu nie.
hehe..kite p mkn besaR..
mgu ni aku ke kem di yan, ada prgram pelajar baru..mgu depan ke kl he3...
Post a Comment