bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, July 13, 2010

Kem Palas Siri 1/2010


ini bukanlah zombi kg pisang, tapi mungkin juga mereka adalah zombi kem palas, yan, kedah. mereka adalah sebahagian peserta dan pelajar baru usm yang sedang mengikuti kem pimpin siswa pada sidang ini. kesian mereka ni kena dera kat jurulatih kem, terkejut jugak papa datang tengok, kalau sidang lepas..memadai depa dipaksa menyelam sungai...ini semacam sudah lebih, tapi lepas ni mereka dapatlah menyelam sungai seligannya. papa no comment dan nasib baik tidak dipeluk oleh studen-studen ni sebagaimana mereka kemudian perlakukan fasi dan jurulatih kem, baru tau hi3!


banjir lumpur? habis khemah ni...tapi ada 1 orang yg berkuasa kat kem ni mengatakan ini bukan banjir, tapi 'air naik' kata sorang mamat ni...hu3...pengalaman di kem ni pada hujung minggu lepas mempertemukan papa dengan manusia pelik yang marah-marah tanpa alasan yang munasabah. semata-mata mengatakan kem ni tak banjir, dan menafikan hebahan bahawa 'kem banjir' telah menyebabkannya seolah2 hilang pertimbangan...ayat 'aku yang berkuasa di kem ini' meloyakan papa hi3...ambik! ambik! siapa kisah...kesan daripada hebahan tersebut bukannya menjadikan apa-apa pun, tapi gempitanya melebihi ruang udara pada kedinginan malam tersebut...attitude tersebut amat menjengkelkan papa...dari itu, papa memutuskan boleh blah! hahahaaaaa....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin