bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, November 29, 2010

PeSoNa KaSiH



hai rumah dah menggamit kehadiran kami untuk berpindah, hampir 95% kemudahan untuk menginap awal sudah diberesi...tinggal lagi, dibimbangi malam-malam ada call dari studen yang tinggal di desasiswa yang mungkin perlukan khidmat papa, so dengan berat hati balik jugak la ke usm...takpe sabar...just a month to go...

Saturday, November 20, 2010

IduL aDha 1431H


balik cuti raya haji tahun ni singkat sahaja, iaitu dalam 4 hari..termasuk perjalanan balik dan pulang. semuanya kerana tak prepare awal-awal dan tak aware dengan raya haji...papa ingat lambat lagi, so silapnya..papa tak block cuti bila unit exam suruh block untuk tahu bila dan siapa free...apapun ini pengajaran.
.
so selepas selesai memantau proses up-grade rumah (kononnya), baru la kami balik...seawal jam 4.30 pagi sudah bertolak dari rumah. budak-budak just didukung dan dimasukkan dalam kereta, tapi sebab excited..dua-dua bangun dan ceria..maklum la 'boleh gi jalan'...target subuh di hentian perah kat grik berjaya direalisasikan, ada gak 3-4 buah kereta yang mempunyai misi yang sama..kami breakfast 'nasi berlauk' di jeli dan 'beli lauk' di batu 6...dan nak jadi ke cerita, papa tertinggal kunci rumah tetambah di penang..aritu cabut kunci tu daripada set kunci kereta sebab 'gembok' sangat dalam poket..yet lupa plak nak pasang balik...telefon yoma, dia pun takde kunci, dan kak la dia ada tetapi kat marang...pikir-pikir, ermm lepak kat rumah cik ayu la tengahari sat and malam bermalam di marang. leh story-mory...
.
oleh kerana singkatnya cuti ini, terus balik ke kemaman esokkannya dengan singgah sat di dungun dan kijal...seharian di chukai before bergegas balik ke penang. walaupun singkat, rasanya berbaloi sebab dapat juga balik, makan-makan daging dan jumpa sedare-mare yang sempat berjumpa...cuma penat la asyik drive...isnin, selasa dan khamis semua drive long-distant...mungkin lepas ni dapat santai lebih apabila papa tidak lagi bertugas di desasiswa...

Saturday, November 13, 2010

HamPir SuDah SoliRah...


alhamduliLlah..kerja-kerja berkaitan rumah baru hampir sudah solirah...tadi dah di'tar'kan hadapan tile porch, manakala keseluruhan tile kat porch dan bilik setor belakang akan siap esok...pagar konkrit sudah terbentang membentuk sempadan tegar antara me and neighbour...power plug yang tak comel akan dikemaskini juga dan minggu depan, pintu pagar belakang yang konkrit akan dipasang dengan owning porch sisi yang berlubang dek design pemaju yang pelik, manakala langsir dengan design 'pesona kasih' pun dah dibook oleh tukang jahit kami untuk dipasang minggu depan....hiiii...pasni comel belana la rumah baru kitorang ni...tapi ada lagi, iaitu cat pagar konkrit dan basuh ruang bawah yang kotor balik...ini akan diuruskan lepas balik cuti raya idul adha nanti...ermm..tak sabar nak duduk jauh daripada ofis, dapat la naik kereta lama sikit (apakah?)..hu3
.
actually ada lagi perkara yang belum dibuat, iaitu motor for auto-gate belum dipasang, just pasang kabel jer dulu...gitu juga owning depan dan atas...termasuk juga menanam rumput karpet etc.kat our small garden tu...haaa satu lagi nak bina gazebo ala pondok2 kat ruang taman ni, fuyooo....need a many thou lagi ni hu3....semula laa....nantikan, terlalu gempak lak rumah ni dengan kos renovation dah melebihi puluhan 'k' dah...tapi sikit lagi tu jika dibanding dgn seorang kawan yang berhabis 150k...malah ia sangat sikit jika dibandingkan dgn jamuan yang sultan selangor murka yg menjangkau 300k he3....[apa kaitan?]..takpe laa....
.
so besok, before bayar any amount yang berkaitan...check kualiti kena dilakukan dulu sama ada they deserve the upah or not....thats why, balik raya idul 'adha dilambatkan sedikit....

Sunday, November 7, 2010

Jakarta-Bandung 2010


xttv kelab kebajikan & sosial yg terakhir bagi penggal ini berjaya dilaksanakan walaupun dipermulaan dan dipertengahannya ada sedikit masalah, biasa la kan? benda-benda masalah ni adalah lumrah, ia untuk mengajar, mendewasa dan mematangkan... seperti ada ahli yang bagi nama then tarik diri, tetapi ada jugak sebaliknya yang tertarik dan kemudian bagi nama hehee...agen indon di sana jugak ada masalah bila baru sehari menjadi guide terpaksa undur diri (masalah keluarga) dan diganti oleh orang lain...apa pun, hasrat untuk 'berada' di jakarta dan bandung kesampaian... hingga ada yang daripada jutawan bertukar menjadi fakir-miskin akibat kehabisan rupiah dek kerana tak sedar bershopping hehee...
.
papa pergi kali ni bukan nak shopping sangat sebenarnya, just nak relax-kan minda selepas habis semester pengajaran, penyeliaan tesis dan penulisan akademik...lagi 1 kira cuti tahunan keluarga laa, murah kannn...so pergi kali ni without sebarang draf-draf tesis dan sebagainya, totally relax! lagi satu sebab ia xtvt kelab yang papa ketuai...jika tidak, sure papa pun x pergi...baik simpan duit ni untuk renovation rumah hi3...sebab itu, bila time shopping sakan..we all gi makan and sight seeing persekitaran jer hehee...ada yg 1st time datang, memang nampak depa ni shopping giler, maklum la pasar baru, factory outlet, mangga 2, tanah abang dan anggerik mall semuanya adalah kawasan shopping-mopping di sini...
.
cuma yang tak relax-nya ialah bila berhadapan dengan para penjual jalanan di sini, bukan sahaja terpaksa gamble dalam meneka harga yg tepat dan proses tawar-menawar, malah kami seolah dipaksa membeli barangan dan souvenier yang dijual (penjual yg berkeliaran), di mana kami diekori dan dikerumuni khususnya semasa mengunjungi kawah gunung berapi kat tangkuban parahu...ber-riook penjual-penjual ni keliling...sampaikan tak dapat nikmati pemandangan dari atas gunung ni dsb...rimas dan bengang sampai ramai rakan-rakan sentiasa bergerak dan bergerak untuk elak mereka ini...atas bas kami pun depa terobos masuk, termasuk la kugiran anak muda bandung yg menyanyi lagu 'isabella' atas bas kami hu3...kesian jugak bila diceritakan mereka terpaksa bertindak demikian untuk mencari rezeki atas usaha sendiri kerana masalah utk mendapatkan pekerjaan di sana; maka syukurlah kita di sini..
.
hari terakhir semalam papa dikejutkan dengan berita di tv indonesia yang menyatakan banyak flite telah membatalkan penerbangan mereka ke/dari jakarta kerana xtvt gunung merapi di jogjakarta yang masih dan semakin meletus-letus...pelbagai visual dan video diperlihat dan dipertonton...dalam hati ini, jangan la kami terkandas di soekarno hatta airport...dah la rupiah tinggal sedikit, kerja-kerja pun banyak yg menanti kat ofis...so sampai-sampai kat airport lebih kurang jam 4 pagi tadi, semua mata tertumpu ke signboard departure untuk melihat status, alhamduliLlah okay..berbanding flite airasia dan mas sehari sebelumnya ke kuala lumpur yg telah di-cansel hu3...malah ada flite singapore tadi yang menjamu penumpangnya dgn breakfast, maybe yg terkandas semalam...so, alhamduliLlah and now here we are, at penang again!

Monday, November 1, 2010

MungKin...

mungkin ialah kebarangkalian yang akan berlaku...atau tidak akan berlaku. biasanya kita akan guna perkataan 'mungkin' bila dirasakan sesuatu itu 'tak pasti' dan juga 'tak jelas'...kemungkinan ini menjadi pasti dan jelas apabila dikatakan dalam nada yang positif dan jitu. lagu mana tuh?
.
papa just nak berbicara tentang kemalangan yang menimpa para pelajar usm di pulau pangkor aritu kerana menyewa sebuah van yang akhirnya menjadi penyebab utama kepada kecederaan serius kepada tulang-belulang mereka. van ini mengalami kerosakan brek ketika mereka menuruni cerun yang curam hingga memaksa mereka melanggar tebing bukit untuk menghentikan kenderaan terbabit setelah brek tangan dan gear aras rendah gagal memperlahan dan memberhentikan van itu. MUNGKIN kemalangan ini tidak berlaku sekiranya van yang disewa tidak memiliki kerosakan brek...MUNGKIN juga kemalangan tidak teruk jika mereka memandu di jalan yang rata...MUNGKIN juga kemalangan tidak berlaku jika mereka tidak menaiki van ketika itu tetapi hanya berjalan kaki hehe..
.
melalui 2 ibu bapa yang ditemui, kesemua mereka (drp 2 ibu mangsa yang ditemui) mendakwa tidak diberitahu oleh anak masing-masing mengenai pemergian mereka ke pulau pangkor, dalam erti kata lain, tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka. percutian ini pula adalah atas persendirian, bukan atas urusan universiti tetapi cuti-cuti peribadi. MUNGKIN jika diberitahu pada ibu bapa masing-masing, doa mustajab akan disusuli untuk keselamatan anak-anak mereka....MUNGKIN jika mereka berada di kampus untuk memberi tumpuan pada musim study week dan tidak keluar ke pangkor boleh menyebabkan mereka masih sihat dan tiada alami kecederaan...MUNGKIN juga jika perancangan ini dibatalkan sejak awal, papa and the gang daripada staff universiti tidak perlu berjaga malam meredah belantara changkat jering, sitiawan, sri manjong dan ipoh untuk melawat dan menemui semua mangsa dan keluarga...MUNGKIN juga jika semua ini tidak berlaku, maka tajuk posting dan isinya ini tiada di ruangan ini.
.
pendeknya, semuanya adalah MUNGKIN pada perencanaan kita. sebab itu, setiap perencanaan mesti dengan doa dan perlindungan-Nya supaya segala yang MUNGKIN yang bersifat NEGATIF akan dapat dihindari, dan mendekatkan segala MUNGKIN yang bersifat POSITIF. semuanya yang bakal berlaku pada masa depan pada kita, keluarga kita dan semuanya adalah tidak pasti...kerana Dia yang Maha Mengetahui..MUNGKIN iya atau tidak, MUNGKIN baik atau buruk....apa pun, permohonan untuk menjayakan hasrat yang baik dan mempositifkan keMUNGKINan yang dihajati hendaklah perlu selalu meminta daripada-Nya. Amin ya Rab al-'Alamin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin