.
papa just nak berbicara tentang kemalangan yang menimpa para pelajar usm di pulau pangkor aritu kerana menyewa sebuah van yang akhirnya menjadi penyebab utama kepada kecederaan serius kepada tulang-belulang mereka. van ini mengalami kerosakan brek ketika mereka menuruni cerun yang curam hingga memaksa mereka melanggar tebing bukit untuk menghentikan kenderaan terbabit setelah brek tangan dan gear aras rendah gagal memperlahan dan memberhentikan van itu. MUNGKIN kemalangan ini tidak berlaku sekiranya van yang disewa tidak memiliki kerosakan brek...MUNGKIN juga kemalangan tidak teruk jika mereka memandu di jalan yang rata...MUNGKIN juga kemalangan tidak berlaku jika mereka tidak menaiki van ketika itu tetapi hanya berjalan kaki hehe..
.
melalui 2 ibu bapa yang ditemui, kesemua mereka (drp 2 ibu mangsa yang ditemui) mendakwa tidak diberitahu oleh anak masing-masing mengenai pemergian mereka ke pulau pangkor, dalam erti kata lain, tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka. percutian ini pula adalah atas persendirian, bukan atas urusan universiti tetapi cuti-cuti peribadi. MUNGKIN jika diberitahu pada ibu bapa masing-masing, doa mustajab akan disusuli untuk keselamatan anak-anak mereka....MUNGKIN jika mereka berada di kampus untuk memberi tumpuan pada musim study week dan tidak keluar ke pangkor boleh menyebabkan mereka masih sihat dan tiada alami kecederaan...MUNGKIN juga jika perancangan ini dibatalkan sejak awal, papa and the gang daripada staff universiti tidak perlu berjaga malam meredah belantara changkat jering, sitiawan, sri manjong dan ipoh untuk melawat dan menemui semua mangsa dan keluarga...MUNGKIN juga jika semua ini tidak berlaku, maka tajuk posting dan isinya ini tiada di ruangan ini.
.
pendeknya, semuanya adalah MUNGKIN pada perencanaan kita. sebab itu, setiap perencanaan mesti dengan doa dan perlindungan-Nya supaya segala yang MUNGKIN yang bersifat NEGATIF akan dapat dihindari, dan mendekatkan segala MUNGKIN yang bersifat POSITIF. semuanya yang bakal berlaku pada masa depan pada kita, keluarga kita dan semuanya adalah tidak pasti...kerana Dia yang Maha Mengetahui..MUNGKIN iya atau tidak, MUNGKIN baik atau buruk....apa pun, permohonan untuk menjayakan hasrat yang baik dan mempositifkan keMUNGKINan yang dihajati hendaklah perlu selalu meminta daripada-Nya. Amin ya Rab al-'Alamin.
2 comments:
just now baru pulang dari tgk mangsa kemalangan tersebut....
Betul ke family mereka tak tahu mereka ke sana...???
Ayat mungkin boleh mengundang FITNAH dan keraguan kepada pembaca...So...nasihat...kalau tak pasti i think jgn tulis...
sorry jika komen saya keterlaluan...
sebab saya sendiri juga nak mengetahui cerita sebenarnya...boleh tolong jelaskan betul2 tak...
ayat saya dalam teks ini: saya diberitahu oleh 2 ibu drp mangsa yg ditemui di hospital sri manjong dan ipoh. saya pasti kerana saya bercakap dgn ibu-ibu ini..pelik sdri mariam ni, dah pergi tengok tapi tak dapatkan cerita sebenar..nasihat saya, jgn tengok saja!
Post a Comment