bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, November 20, 2010

IduL aDha 1431H


balik cuti raya haji tahun ni singkat sahaja, iaitu dalam 4 hari..termasuk perjalanan balik dan pulang. semuanya kerana tak prepare awal-awal dan tak aware dengan raya haji...papa ingat lambat lagi, so silapnya..papa tak block cuti bila unit exam suruh block untuk tahu bila dan siapa free...apapun ini pengajaran.
.
so selepas selesai memantau proses up-grade rumah (kononnya), baru la kami balik...seawal jam 4.30 pagi sudah bertolak dari rumah. budak-budak just didukung dan dimasukkan dalam kereta, tapi sebab excited..dua-dua bangun dan ceria..maklum la 'boleh gi jalan'...target subuh di hentian perah kat grik berjaya direalisasikan, ada gak 3-4 buah kereta yang mempunyai misi yang sama..kami breakfast 'nasi berlauk' di jeli dan 'beli lauk' di batu 6...dan nak jadi ke cerita, papa tertinggal kunci rumah tetambah di penang..aritu cabut kunci tu daripada set kunci kereta sebab 'gembok' sangat dalam poket..yet lupa plak nak pasang balik...telefon yoma, dia pun takde kunci, dan kak la dia ada tetapi kat marang...pikir-pikir, ermm lepak kat rumah cik ayu la tengahari sat and malam bermalam di marang. leh story-mory...
.
oleh kerana singkatnya cuti ini, terus balik ke kemaman esokkannya dengan singgah sat di dungun dan kijal...seharian di chukai before bergegas balik ke penang. walaupun singkat, rasanya berbaloi sebab dapat juga balik, makan-makan daging dan jumpa sedare-mare yang sempat berjumpa...cuma penat la asyik drive...isnin, selasa dan khamis semua drive long-distant...mungkin lepas ni dapat santai lebih apabila papa tidak lagi bertugas di desasiswa...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin