pastinya papa dan ibu fikirkan yang terbaik untuk anak-anaknya...maka bila usia begini, tiada lain yang perlu ditanam melainkan ajaran agama dahulu..awwalu al-din makrifatulLah...maka, papa dan ibu decide mea patut ke pasti (pusat asuhan tunas Islam) untuk mendapat didikan pertamanya..tempat ni tak jauh dari penempatan baru kami, just round the corner cuma sulit sedikit untuk masuk/keluar sebab ada traffic light berdekatan...perkhidmatan van disediakan.
.
ini la pakaian seragam damia nanti, full spect of busana muslimah except tak berstokin...mia sangat berminat nak pergi sekolah dan harap-2-nya minat ini sampai bila-bila...nampak bersemangat anak papa dan ibu ini sampaikan susah mau ditanggalnya baju ni selepas dipakai. nampaknya imej mea selepas 3hb. januari ini akan berubah...daripada berambut tocang, kepada berambut simpan di dalam tudung he3...
.perkarangan sekolah mia nanti...kelihatan ibu tengah tawar-menawar bayaran sekolah supaya dikecualikan yuran dan mea disediakan segala keperluan belajar bertaraf 'anak menteri' hehee...merapu jer papa nim...saja la tanya, macam mana persediaan, silibus, exam, tuisyen, makanan, kantin dll...masa belajar di sini ialah 8.30 pagi hingga 2.00 petang dengan dua modul iaitu modul pasti dan modul iqra' + fardu ain...pasni leh la mea balik ajar adik wish baca iqra untuk disseminate ilmu itu...amin.