[Gambar: Taklimat ibu bapa semasa pendaftaran pelajar baru sidang akademik 2010/2011, duduk di sebelah TNC Prof Dato' Omar Osman dan penggawa sedang berucap, En. Nazru Hj. Ismail ]
tak berapa lama lagi akan berakhir la tempoh tugas papa di desasiswa aman damai...sure akan terasa aman damai selepas ini daripada tugas-tugas kepenolong-penggawaan...sure juga papa akan merindui saat-saat mesyuarat hingga ke dinihari, berada dekat bersama dunia pelajar, girang bersama gelak ketawa depa dan tak ketinggalan juga saat-saat gaduh, sedih dan penat yang mereka tonjolkan...idea-idea lucu dan spontan yang diluahkan...begitu juga rasa susah dan payah ketika menjayakan acara dan program demi semangat kedesaan...panggilan telefon yang tak kira masa memanggil datang [esp.tengah sedap tidur]...semuanya best untuk dikenang dan tentu papa akan merasa sangat 'kehilangan' semua ini terutama apabila bersendirian menyeberangi jambatan untuk ke/balik ofis/rumah sendiri...
.apa pun, semuanya tidak akan berkekalan...ia akan dilepaskan jua suatu hari dan papa memilih melepaskannya ketika mood elok, bukan kerana gaduh dengan bos dan bukan kerana tidak puas hati dengan pentadbiran desasiswa...aik, macam kisah Dr. Mahathir plak hehee....semuanya menarik dan indah...tapi papa lepaskan demi memiliki kehidupan yang stabil dan tenang, peace untuk famili dan diri sendiri, bebas membuat keputusan tanpa terikat dengan banyak pihak yang mengawal dan paling penting, untuk performance yang lebih baik dalam bidang sendiri. betulkah? ini yang bakal menjadi cabaran pada diri ini untuk next two to three years ahead...everything mesti ada sasaran dan ini la sasaran dan halatuju papa buat masa ini. full stop.
No comments:
Post a Comment