bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, January 29, 2011

GarDeN DaHuLu dan KiNi


Mula-mula dahulu...pagar asal dan rumput pun belum tumbuh
.

kemudian buat pagar batu, dengan sedikit rumput karpet jenis philippine dan pokok hiasan yang dibawa dari rumah lama...
.

Mula berjinak-jinak menanam lebih banyak rumput apabila dilihat hasil awal dahulu menjadi, dan akan disambung lagi bulan depan...puas hati kalau nanti menghijau dan masa tu leh la wat padang golf he3...iye la tu!

Sunday, January 16, 2011

HOUSE WARMING

Hujung minggu satni, kami berjaya juga merealisasikan hasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran atau panggilan lain house warming sempena masuk rumah baru ni dengan import tenaga pembantu dari Alor Setar...boleh la ringankan sikit beban ibu...
.

sementara damia dan darwisy adalah pembantu setia pada bila-bila masa dan di mana sahaja hehee...tak lekang depa berdua nim...juadah dan persediannya biasa sahaja..
.

dengan masak ala kadar sahaja melalui caterer yang diupah he3...berjayalah menyediakan nasi minyak, dalca, ayam masak merah, jelatah dan buah-buahan...menu sdn. bhd. pula ialah bihun sup ayam, bubur kacang berperisa durian, kacang tanah dan air oren. sempena birthday ibu, ada juga kek disediakan ialah kek pisang kwa3...nasib baik ibu memahami hi3...
.

lauk hampir habis...tetamu datang silih berganti, dan h/phone tak henti memanggil kerana sukarnya sebahagian mereka mencari LORONG SERI MURNI 7...maklum la tersorok sedikit sebagaimana dahulu lori-lori perabot sukar mencari rumah kami, hingga terpaksa keluar ngeteh he3...apa pun semuanya dapat diatasi...
.

sebahagian tetamu adalah rakan satu Bahagian kat school dan juga rakan semasa di desasiswa...mereka makan di meja yang disediakan di porch, makan sambil santai dengan hawa panas (maklum la dua hari ni panas saja) dan kipas pun hampir tak mampu menahan bahang mentari...dugaan...
.

bila peak hour, sebahagian tetamu terpaksa makan di dalam...alhamduliLlah, majlis berjalan sebagaimana dirancang dan tetamu kelihatannya makan dengan berselera dan menyelerakan...rasa lepas la beban untuk majlis kesyukuran masuk rumah baru ni...lega sekejap...

Friday, January 14, 2011

RuTin HiDuP


inilah keadaan mea dalam van first day selepas sekolah, papa datang tapi papa suruh mea balik dengan van sebab nak biasakan dia dengan kawan-kawan baru. masa tu tengok dia angguk dan bergenang air mata, tapi papa wat dunno. papa dan ibu dan wish balik tunggu kat rumah, sampai dekat sejam tak sampai lagi, dan papa dah susah hati dan rasa bersalah sebab tak ambik terus tadi. tapi still positifkan my tindakan, till datanglah van dengan mea dah berjuraian air mata...sebab tinggal 2 orang jer lagi budak dalam tu hu3...takut la tu kut! kami pun takut, kang hilang tak rekod hu3 na'uzubiLlah! lepas tu the second day, dia balik dengan senyum dan happy...luluslah orientasi naik van anak papa nim.
.
so rutin hariannya, mea ke sekolah dengan papa..masuk 8.30 am dan petang dia balik naik van dengan rakan-rakan. actually bayaran cover ambik dan hantar, tapi awal sangat kul 8.00 van datang yang kadangkala mea masih menggeliat lagi...relaks la, lagi pun jalan papa ke ofis laluan yg sama. at least papa boleh ke ofis awal sikit hihiii...
.
mungkin ada yang berpandangan awalnya hantar mea ke sekolah. baru 4 tahun...anak-anak orang lain duduk kat rumah lagi. tapi itu lah kan hehe, anak-anak orang lain not mine he3. actually dunia 3 orang lagi kat rumah ni hanya kecil sahaja berbanding dunia papa. ibu duduk sini tak ramai kawan dan kawan-kawannya adalah isteri kawan-kawan papa atau kawan-kawan papa (perempuan). bagi mea dan awish pulak, dunianya ibu dan papa sahaja. tak seperti mereka yang dikelilingi saudara dan keluarga yang tinggal dalam lingkungan keluarga besar. so bagi memberi exposure yang lebih kepada anak-anak papa, eloklah mereka mencari kawan di sekolah di usia muda he3 (pandai justifikasi nim). at least ada perubahan dalam diri anak-anak kecil ni dan juga ke arak pembinaan tahap kendiri yang tinggi. apa yang menjadi target papa dan ibu buat masa ni, dan setiap hari sejak mea bersekolah ialah, nak tahu apa yang mea belajar...setakat ni dia belum dapat hafal sepenuhnya lagu-lagu untuk doa melainkan abc, aa baa dan doa makan dan tido...nak tunggu mea hafal...
....angkat tangan, 10 jari, kita berdoa setiap hari....bla..bla...

Monday, January 3, 2011

1st DaY DaMia


mea ditemani awish untuk ke sekolah mea, Pasti (Pusat asuhan tunas Islam)...galas beg baru dan berbekalkan fries yg ibu sediakan..setelah sekian lama berhajat nak ke sekolah kini tibalah harinya. Tido pun peluk baju sekolah sambil beg baru disebelah...mea...mea...sampai selimut busuk takde disebelah pun..okay dah leni, janji beg baru or baju sekolah ada di sisi hi3...
.

mea berdiri di belakang tu...ini kelas budak 4 tahun (2011), ada yang mak duduk sekali dgn anak-anak mereka...papa tak berapa setuju nim, lagi la budak tu manja dan nak bertempek jer he3, tapi itu la corak masing2...tak mengapa, ini baru 1st day...tadi yang nangis pun ramai hu3, dan yg paling kuat nangis ialah budak lelaki...rupanya lelaki ni awalnya 'lembik' hi3...alhamduliLlah anak papa..tough and get ready to learn...
.

memikir panjang mea kat meja, mungkin mencari geng nim.. mungkin juga resah sebab terlalu banyak muka-muka baru hari ini...dan ada yang menangis-nangis nak balik...or mungkin mea mengidam susu tapi malu-malu heh3...tadi cikgu mea bagitau air manis tak leh bawa, just air kosong jer, so arini takpe la dulu 1st day...jadualnya 8.30 masuk, 10-10.30 rehat, ada kantin..diajar membeli nanti, papa kena bagi la duit belanje...kul 12 makan tengahari yg disuap oleh cikgu semua sekali...pastu belajar iqra', solat dan zikir...kul 2.00 pm kelas dismiss..
.

ramai ibu bapa, sampai masa kami balik jam 10.30 tadi...ramai lagi masih kental menunggu anak masing2...kamikaze la kejap tinggal mea jer...nanti dapat kawan, okay la....tak boleh pampered sangat hi3, "jom ibu kita balik!"....''tau la cikgu nak handle....depa kan dibayar utk handle'' [ni ayat ibu pulak]
.

lupa nak royat, sini kelas ikut tahun/umur budak...ada 4 tahun, ada 5 tahun dan ada 6 tahun...5 dan 6 tahun ni plak ada yang studen lama, dan ada yg baru daftar...so senang la pisah macam tu...ada 3 driver untuk handle penghantaran...tadi tak jumpa lagi driver utk hantar mea balik...nanti petang la papa ejas semula....



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin