bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, January 14, 2011

RuTin HiDuP


inilah keadaan mea dalam van first day selepas sekolah, papa datang tapi papa suruh mea balik dengan van sebab nak biasakan dia dengan kawan-kawan baru. masa tu tengok dia angguk dan bergenang air mata, tapi papa wat dunno. papa dan ibu dan wish balik tunggu kat rumah, sampai dekat sejam tak sampai lagi, dan papa dah susah hati dan rasa bersalah sebab tak ambik terus tadi. tapi still positifkan my tindakan, till datanglah van dengan mea dah berjuraian air mata...sebab tinggal 2 orang jer lagi budak dalam tu hu3...takut la tu kut! kami pun takut, kang hilang tak rekod hu3 na'uzubiLlah! lepas tu the second day, dia balik dengan senyum dan happy...luluslah orientasi naik van anak papa nim.
.
so rutin hariannya, mea ke sekolah dengan papa..masuk 8.30 am dan petang dia balik naik van dengan rakan-rakan. actually bayaran cover ambik dan hantar, tapi awal sangat kul 8.00 van datang yang kadangkala mea masih menggeliat lagi...relaks la, lagi pun jalan papa ke ofis laluan yg sama. at least papa boleh ke ofis awal sikit hihiii...
.
mungkin ada yang berpandangan awalnya hantar mea ke sekolah. baru 4 tahun...anak-anak orang lain duduk kat rumah lagi. tapi itu lah kan hehe, anak-anak orang lain not mine he3. actually dunia 3 orang lagi kat rumah ni hanya kecil sahaja berbanding dunia papa. ibu duduk sini tak ramai kawan dan kawan-kawannya adalah isteri kawan-kawan papa atau kawan-kawan papa (perempuan). bagi mea dan awish pulak, dunianya ibu dan papa sahaja. tak seperti mereka yang dikelilingi saudara dan keluarga yang tinggal dalam lingkungan keluarga besar. so bagi memberi exposure yang lebih kepada anak-anak papa, eloklah mereka mencari kawan di sekolah di usia muda he3 (pandai justifikasi nim). at least ada perubahan dalam diri anak-anak kecil ni dan juga ke arak pembinaan tahap kendiri yang tinggi. apa yang menjadi target papa dan ibu buat masa ni, dan setiap hari sejak mea bersekolah ialah, nak tahu apa yang mea belajar...setakat ni dia belum dapat hafal sepenuhnya lagu-lagu untuk doa melainkan abc, aa baa dan doa makan dan tido...nak tunggu mea hafal...
....angkat tangan, 10 jari, kita berdoa setiap hari....bla..bla...

2 comments:

saiful said...

nanti kita study sesame ye mea..hikhik

Tinta Pendeta said...

mea study sokmo, balik sampai malam asyik ngadap buku jer...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin