bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, January 16, 2011

HOUSE WARMING

Hujung minggu satni, kami berjaya juga merealisasikan hasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran atau panggilan lain house warming sempena masuk rumah baru ni dengan import tenaga pembantu dari Alor Setar...boleh la ringankan sikit beban ibu...
.

sementara damia dan darwisy adalah pembantu setia pada bila-bila masa dan di mana sahaja hehee...tak lekang depa berdua nim...juadah dan persediannya biasa sahaja..
.

dengan masak ala kadar sahaja melalui caterer yang diupah he3...berjayalah menyediakan nasi minyak, dalca, ayam masak merah, jelatah dan buah-buahan...menu sdn. bhd. pula ialah bihun sup ayam, bubur kacang berperisa durian, kacang tanah dan air oren. sempena birthday ibu, ada juga kek disediakan ialah kek pisang kwa3...nasib baik ibu memahami hi3...
.

lauk hampir habis...tetamu datang silih berganti, dan h/phone tak henti memanggil kerana sukarnya sebahagian mereka mencari LORONG SERI MURNI 7...maklum la tersorok sedikit sebagaimana dahulu lori-lori perabot sukar mencari rumah kami, hingga terpaksa keluar ngeteh he3...apa pun semuanya dapat diatasi...
.

sebahagian tetamu adalah rakan satu Bahagian kat school dan juga rakan semasa di desasiswa...mereka makan di meja yang disediakan di porch, makan sambil santai dengan hawa panas (maklum la dua hari ni panas saja) dan kipas pun hampir tak mampu menahan bahang mentari...dugaan...
.

bila peak hour, sebahagian tetamu terpaksa makan di dalam...alhamduliLlah, majlis berjalan sebagaimana dirancang dan tetamu kelihatannya makan dengan berselera dan menyelerakan...rasa lepas la beban untuk majlis kesyukuran masuk rumah baru ni...lega sekejap...

4 comments:

saiful said...

bgus gak ye..rmai org dtg.
smyang hajat n yassin buat skali ke?

Nur Asna said...

nanti nak gi jalan gak sekali...teringin nak tgk rumah...

Tinta Pendeta said...

saiful: seme buat, mandi bunga pun hi3...
asna: u r most welcome!

chekdenoor said...

Insyaallah....kak noor teringin juga nak sampai kerumah mea... bila ada kesempatan nanti, kami datng ya......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin