bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, March 25, 2011

PanDanGan AtAs



pandangan dari atas...walaupun orang atas boleh nampak orang kat bawah lebih kecil daripada dirinya, tapi pada hakikatnya tidaklah semestinya orang di bawah itu benar-benar kecil. Menjadi orang di atas sebenarnya tidak mudah, kerana bukan dia sahaja yang memandang dan menilai orang di bawahnya..malah orang di bawah juga kadangkala mendongak, memandang dan menilai 'orang di atas' itu. Hari ini, penilaian bukan sahaja dipengaruhi oleh hakikat yang diketahui secara khusus, malah ia juga disogok oleh persepsi. Malah kadangkala persepsi banyak mempengaruhi pemikiran dan penilaian yang akan dibuat, hingga melahirkan pemesongan dan penyelewengan pada nilai yang ingin diberi. Justeru, hati-hati dan bijaksanalah kita semua...supaya lebih beretika, penuh tanggungjawab serta tidak mudah memperbodoh atau diperbodohkan. Hal ini tidak perlu dituding pasal sesiapa, kita sendiri pun pada setiap masa sentiasa membuat penilaian, walau secara tidak sedar. Menilai itu normal dan tidak menilai itu abnormal. Kekalkanlah kenormalan itu tetapi secara berhemah dan bijaksana seperti berdiam diri. Pepatah Arab ada berbunyi:
استكثر من الهيبة الصموت والندم على السكوت خير من الندم على الكلام
(bertambahnya kehebatan seseorang dengan berdiam dan penyesalan dengan tindakan berdiam diri adalah lebih baik daripada penyesalan dengan berkata-kata).

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin