bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, April 7, 2011

MayBank2U


kalut semalam bila semasa bertransaksi membayar bil-bil bulanan tru online, tetiba terbayar 2x bil yang sama...ni semua sebab semasa tekan butang confirm tu, ada studen datang, ketuk pintu, salam, masuk bilik...so sambil menerima tamu sambil tu tekan butang yang diingatkan belum dibayar...apalagi, balance yang ada sudah tak mencukupi untuk bayar bil lain hu3...banyak lagi bil tak setel ni huhu termasuk la bil nak ke pasar malam petang ni he3...ingat ya, petang khamis ada pasar malam kat area taman kitorang...minggu lepas dah terlupa, sampai miss murtabak daging yang biasa dibeli...itu la banyak sangat mikior off-late ni...

kembali ke topik asal, lalu papa pun call la talian glamer maybak2u...dan tadi telah menemui pegawai bank kat sini untuk claim for refund...kena buat simple letter, takpe la...janji dapat balik, dah la macam defisit jer bulan ni, sebabnya bulan ni termasuk kos servis kete dan renew road-tax...ayyooo....hutang lagi, harap pada credit card to be my savior! itu la orang sekarang....walaupun moden namun hidup dikelilingi hutang...lebih baik jadi orang dulu-dulu yang walaupun tak moden, hidup hanya dikelilingi hutan saja....hehee...

2 comments:

saiful said...

gaji bnyak pn..byak hutang ke?hehe..

Tinta Pendeta said...

gaji simpan, hutang sbg lambang kehidupan elit hahaaa...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin