sempat jugak celah ke mutiara damansara untuk lihat rayyan, dah besar barulah sepupu penang dapat jumpa..maklumlah, jadual tak bersembung sokmo bila time balik kemaman...kalau lihat, nipisnya anak papa compare to rayyan...rupanye jalan umah rayyan sama dengan no. rumah awish iaitu antara lorong 17/7 dengan no.17 lorong 7...apa-apa laa....
haa ni plak di banting, kolej matrikulasi selangor...abis keje, check-out, ke ikea (qada' yang malam tadi) dan ke pwtc...jauh jugak nak sampai sini, papa go sampai 'fening lalat' mencari direction dan yg ada setakat bandar banting saja, mungkin takut kena bako..dek tambi-tambi kat sini macam datuk susilawati hi3...apa pun, setelah campur dengan call, sampaikan gak umah 'mak/pak tam' mea yg juga lecturer aka warden kat sini..
heritage hotel cameron highlands...sejuukkk...dapat bilik free sebab 'pak tam' book 2 bilik dan offer kami, so apalagi bak orang mengantuk disorongkan hotel laa...lagi pun takde plan lain dan menghala arah yang sama ke utara...continue cuti jer laa....dapat la praktis rasa aircond free before betul-betul merase musim luruh dan sejuk di uk nanti...
pasar malam...bestnyer beli cendawan, water crest dan asparagus celup tepung...strawberi plak celup coklat, yummi...sambil papa celuk poket bayor hehee...apa pun cuti-kan, rileks laa...yang penting perut diisi dan hati tenang, rase macam best jer kalu mai duk sini wat sabatikal...bakpe la tadok pulok universiti kat sini hi3...
taman ros....
taman kaktus...
taman anggur...tapi tertutup dan tak boleh masuk, aisey-man...ingat nak petik serajuk-dua buat makan sambil ronda-ronda taman-taman di sini he3...
seronok tengok pokok-pokok sayur-mayur kat sini, segar dan besar-besar...kenapa la sayur yang kutanam tidak sesegar dan sebugar di sini...balik-balik sedih bila 3 pokok cili cameron yang ditanam sudah kekeringan dying...bukan sebab tak disiram tapi mungkin penyakit tak boleh hidup lama....
No comments:
Post a Comment