bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432H

alhamdulillah, Allah telah menerima kami lagi sebagai tetamunya di ramadhan kali ini. cuma pada tahun ini, ramadhan dirai'kan di tempat yang berbeza iaitu di kampung halaman. namun sebenarnya sama sahaja walau di mana pun kami menyambutnya kerana tetap melibatkan kami berempat, di penang kami, dan di manir pun kami. sebab itu seronoknya berada dalam kalangan kami ini, iaitu sebuah keluarga kecil daripada keluarga yang besar.

.

agenda ramadhan kami seperti orang lain jugalah dengan memenuhi bulan ini dengan amal ibadat. bukan setakat puasa, yang boleh dikatakan bersifat fizikal dan jasmani, tetapi melibatkan tindak-tanduk yang lain seperti solat, tadarus, sedekah dan pemeliharaan hati. dalam semua-semua ini HATI adalah yang paling penting, sebabnya dengan hati yang baik, maka barulah muncul niat yang baik, keikhlasan yang murni dan semua pemikiran dijustifikasikan pada perkara yang positif. jika HATI tak baik, maka solat akan jadi nak niyer ke orang, tadarus pun begitu, asal habis baca tanpa dikira tajwid dan makhraj yang betul, dan sebagainya. justeru, marilah dikesempatan ini kita semua pakat mendahulukan puasa pada HATI, supaya sentiasa mengiringi hati dengan istilah yang baik seperti baik hati, mulia hati, ada hati, dll; dan jauhi hati daripada gandingan yang tidak baik seperti hati jahat, hati busuk, hati batu, hati koes endang...haaa itu dah tersasul...maklum la puasa. so SALAM RAMADHAN diucapkan kepada pembaca blog ini. sekianlah tazkirah kali ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin