semalam adalah hari cuti di Terengganu (rabu, 21/7/2011) bersempena keputeraan sultan Terengganu...bersempena cuti ini jugak, frens of papa lepasan akademi pengajian Islam UM 1994-1998 mengadakan saat ketemu di pantai batu rakit, menghimpunkan mereka yang ada di Kuala Terengganu pada ketika ini...maka dapatlah kumpulkan 6 frens yang semuanya dah bergelar ayah, abah atau papa...
agenda ini diserikan dengan BBQ 7 ekor ayam dan berekor-ekor sotong...membakar di saat jam 3-5 petang, memang berbaloi sebab tak berapa nampak bara api kwakakaa....walaupun 6 frens sahaja berketemu mata dan badan, pertemuan ini juga menjalin pertemuan antara isteri-isteri dan anak-anak antara kami...maka beranaklah jasad tubuh yang bertemu ini daripada 6 menjadi 12, dan menjadi belas-belas lagi dengan kehadiran anak-anak wek...
Kami bertemu bukanlah kerana nak dapat projek, bukan juga untuk melobi untuk diundi dalam pilihanraya nanti, malah bukan lagi untuk mengeratkan hubungan melalui perkenalan intim antara anak-anak...tapi bertemu dan berpisah kerana Allah...iaitu menjalin semula hubungan intim kira-kira 12-13 tahun yang lalu yang sama-sama menaiki bas ekspres balik ke kampung, atau sama-sama mandu motorsikal ke temple park sambil menganjurkan program pelajar, atau sama-sama berlonggok di depan pintu bilik kuliah atau tutorial untuk bergantian memanaskan kerusi di bilik yang tak kurang sejuk air-cond-nya...dalam pertemuan ini hampir separuh sudah berpangkat pjk (perut jolor kedepan) dan separuh lagi masih ditetapkan susuk badan yang cantik menawan, tak kurang juga sudah ada yang beruban hehee.....masing2 dengan dunia dan kesibukan masing2 yang sebahagian besarnya terlibat dengan projek pendidikan...waima di sekolah, maktab atau universiti...apa yang dapat dikongsi daripada pertemuan ini ialah, kereta yang berjenama kia, naza dan hyundai banyak membawa masalah kepada pemiliknya hehee....opps, ini kesimpulan yang lain...
No comments:
Post a Comment