inilah flite yang mengkandaskan kami selama kira2 19 jam di sekitar gatwick airport...penantian yang dianggap sejam menjadi 2 jam, 3 jam dan berjam-jam lamanya...kesnya coil untuk jana kuasa utk pesawat terbakar dan perlu diganti [lewat malam kedai dah tutup]...so flite dari jam 2220 dilengahkan ke 2300 dan kemudian ke jam 1300 keesokannya, dan kemudian ke jam 1500...jam 1530 baru dipanggil untuk boarding...
tanpa diketahui peristiwa malang ini, jam 1830 kami dah sampai airport, dengan menyewa kereta pakcik Husin dengan tambang £60.00. Mulanya kaget bila kami diturunkan di north wing, sedangkan kena check-in di south wing...tersilap tak tengok boarding pass yang telah diprint awal2...nasib baik ada tren yang menghubungkan antara dua wing ni, yang boleh memuatkan troli sekali...seperti yang menghubungkan terminal satelit di klia...so berdecung jer kami ke sana...
inilah muka2 yang menjadi mangsa delay...ramai yang terlepas their connection flite, termasuklah flite kami yg menuju ke K. Terengganu. Pada hal senggang masa antara flite sudah lama kerana ikut jadual asal, kami akan landing di lcct pada 18.1.12 pada jam 1910 dan flite ke kay tee pada 19.1.12 jam 0700 keesokkannya...tapi terlepas juga, akibat delay yang terlalu lama...nasib baik lagi [better say, alhamdulillah] kami mengambil juga airasia...so dengan mudahnya kami mendapat gantian tiket, jika connection flite ambil mas, sure tak dapet nak nolong...bagaimanapun penginapan kami di tune hotel lupus begitu saja...
apa yang menjadi trauma pada kami ialah menunggu dan menunggu...serta announcement, risau jika diumumkan delay and delay...apa yang menyebabkan tension ialah hand luggage yang tidak kurang berat, papa saja pikul 2 laptop, tak termasuk barang2 yang ibu bawa lagi...selepas diumumkan flite delay malam itu dan dianjak ke jam 1300 keesokkannya, kami dikehendaki melalui laluan imigresen seolah-olah baru tiba, di semak passport seperti biasa, ambil luggage semula ke dalam troli dan beratur semula ke kaunter check-in....fuyooo....dah la masa tu dah menjangkau jam 0030 pagi..
ditambah dengan karenah 2 budak kecik ini...memang tough terutama si-kecik, yang agresif sepanjang malam hingga ke pagi...berlari sekeliling, ke sana sini...berguling2 dsb...semua penumpang memerhatikan saja, termasuklah kami kerana tak mampu lagi nak suruh diam..biar la depa kepenatan hehee...sampaikan seorang penumpang perempuan Cina keesokkannya menyapa kami semasa beratur semula untuk check-in keesokkannya pada jam 1000...yang dia dapat tahu kaunter untuk daftar pada pagi ini [yang berbeza drp malam tadi] kerana tengok 2 orang budak ini hehee...
akibat keletihan tidur jugak...tapi ni saat boarding kali kedua, mungkin energy dah berkurangan, tidur pun kurang dan letih...ini juga bermakna kami semakin letih kerana terpaksa mendukung si kecik untuk masuk flite...hampir sepertiga penerbangan baru si awish ni sedar...letih betul dia...
barisan panjang selepas diumumkan flite delay ke jam 1300 esoknya...semua beratur untuk dapat 1. voucer makan £25 seorang..so kami dapat £100 untuk 4 orang, tanpa kira kecik atau besar (seperti harga tiket flite laa), 2. penyata insurans yang cover kami untuk penginapan dan diberi bilik di Hilton Gatwick, just sebelah bangunan airport...so easier laa...3. kad phone untuk kemudahan perhubungan....
cuma barisan kami ke belakang lagi daripada tadi di depan...setelah hampir 2 jam lebih beratur, maka dekat jam 0330 pagi baru la kami dapat semua, dan terus check-in hotel....bagusnya, takde sorang pun antara penumpang yang marah2 atau meroyan...everyone profesional, ialah kan...siapa nak benda ni semua jadi...mungkin ini ujian, dan juga hikmah...
hikmahnya, dapat merasa duduk di Hilton di UK hehee...as we are 4 person, so ada 4 beds for us...dengan bilik yang luas dan lega memang mengujakan, tapi masuk bilik sebegini dalam keadaan letih, jam dah hampir 0400 pagi, pukul 1000 pagi nak kena check-in balik...subuh pun lagi 2 jam...lapar pun ada sedikit...esok kena beratur panjang lagi untuk check-in...apa nak beli dengan voucer tu yang sukarnya nak cari yang halal...terfikir connection flite yng mungkin tertinggal...terfikir "mereka" yang akan menunggu-nunggu di airport dengan perasaan hampa...hai banyak nak fikir, maka rasanya sejam jer kut kalau terlelap pun...
budak2 ni pun dapat their personal bed hehee....heater dalam bilik ni pun boleh tahan, tak terasa sejuk di luar yang menjangkau 1c masa tu....keesokkannya semasa keluar dalam jam 0900 pagi, kabus menutup hampir keseluruhan airport...
semasa check-in kali kedua...flite didelaykan lagi ke jam 1500 petang, so semasa di kaunter..kami diagihkan lagi £15 seorang, menjadikan kami dapat kumpul £60.00 untuk lunch..alahai, duit semalam tak luak mana...sayangnya tak banyak makanan/minuman yang boleh dibeli...kami makan di McDonald saja (fish o'fillet & fries), fish & chips, kekacang dan air...tak tahu apa lagi, kami borong coklat tongkat saja hehee berpound2....hehee...setelah genap jam 1500 sebagimana diannounce, gate untuk kami belum diumumkan di papan kenyataan...semua macam hampa dan ramai omputih dah baring di lantai...papa risau jika melarat ke malam sebab macam dah lemah longlai dah...akhirnya jam 1530 baru keluar di skrin "gate 19"...semua penumpang bertepuk tangan...alhamdulillah, flite kami diconfirmkan akhirnya!
Kawan yang ditinggalkan
petang sebelum kami berangkat ke airport sehari sebelumnya (yang disangka hari terakhir kami di London), kami telah ke sekolah kawan2 mea & awish..menunggu mereka pulang...maklum la lepas ni susah la nak jumpa lagi, maybe after years....mungkin "penunggu" di sekolah inilah yang melewatkan kami dengan merosakkan coil flite kami malam tu hi3....
Deretan Building yang ditinggalkan
atau mungkin "penunggu" yang berada di sekitaran building lama di Willesden High Road yang meyebabkan kepulangan kami menjadi delay, who knows? sama ada...
kawasan rumah sewaan kami di Harlesden Road NW10 2BB ini...atau di deretan lot-lot kedai yang biasa kami meronda mencari buah-buahan segar, daging, ayam, kebab atau post office...