bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, January 5, 2012

NeW YeaR VisiT



happy new year mike! tentu peminat coretan di blog ni tertunggu-tunggu kisah kami seterusya, sambil mejenguk mail-box dan update status masing2 di fb...datang juga membaca di sini, tecey2...dengan tahun baru ni, bermakna tarikh untuk kami fly balik for good semakin dekat...dan semakin itu kami menjadi semakin ceria...1 beg telah peuh dengan muatan souvenier yang menjangkau ratus lebih pound jugak hu3...takpe la 5 tahun sekali...gumpalan di hati terase ingin segera meninggalkan bumi aircond tahap maximum ini sooner, tapi bila mikiorkan salji belum kunjung datang, terase seperti ralat...dah la hari2 sejuk mencengkam urat-saraf...angin pulak semakin hari semakin kuat bertiup melumur bersama kesejukan tahap gaban, salji saje main jual mahal! hehee...sebab tu kalau time jalan-jalan, kena jalan laju2 supaya panas dapat dibiakkan...


kembali ke cerita new year visit pada ahad baru ni...kami membentuk 'rombongan cik kiah' menuju ke Dagenham Heatway, yang berada di west london, bagi memenuhi jemputan fren of mine, Mr. Aswat sekeluarga untuk ke rumahnya...dah 2x dia mai rumah mcik yah dan pernah sekali dia menjejakkan kaki ke rumah ayah papa di Tetambah, Manir dulu...kini papa ajak ibu & co ke rumah dia plak...alhamdulillah pada new year ni ada tube seperti biasa, so kami naik jubilee line dari dollis hill station menuju ke baker street, dari situ naik pula hammersmith line ke barking...ingatkan district line tutup, rupanya ada...so kami sambung balik naik district line hingga ke dagenham heatway station and get off kat situ!



district line ni lengang jer...dapat la mamat ni bawa diri feeling jauh daripada kami ramai2...ada citer lucu masa nak sampai di sini, iaitu apabila sampai di station dan sebelum sempat kami semua get off daripada tube ini..tiba2 pintu tube ditutup dan tertinggal la ibu, mea dan kak esah yang belum sempat turun...then tube bergerak meninggalkan papa, awish, mcik yah dan anak kak esah...terpaksa la depa turun di station di depan sana dan dapatkan semula tube untuk ke kembali ke tempat kami...nasib baik bukan mea sorang yang tertinggal dalam tube tu, sebab lambat turun nak ambil glove dia yang tertinggal atas seat...kalau tidak entah mana dia lompat turun dan merayau! oleh kerana bilangan tube banyak, maka tak tunggu lama untuk mereka yang terlajak jalan tu untuk kembali semula...



dari dagenham heatway station, kami tunggu Mr. Aswat dan nak jadi cerita tahun baru juga...on the way dia nak mari ambik, tayar kereta dia pulak pecah...kesian dia terpaksa tukar tayar sendirian dalam kesejukan persekitaran yang membungkus...semua perkhidmatan AAA or what so ever takde kerana weekend plus new year mood...terpaksa la kami menunggu beberapa ketika di sini, banyak kedai yang tutup pada hari ini...




berjaya juga sampai ke destinasi...menurut my fren, kawasan neighbourhood ni ramai orang putih dan diketuai oleh parti politik yang tak suka Islam...tapi pun begitu, dah 4 tahun dia bermastautin di sini...peduli apa suka tak suka, jadi kite suka kan??? rumah dia pun lorongnya ke dalam sikit, sukar kalau naik bas dari station..so dapat la merase naik stream di london heh3...



kami dijamu spesel oleh kak yaya, yang keseorangan masak nasi tomato, ayam masak merah, ayam goreng, sup ekor, kek, salad dan ibu bawa cik mek comel dari rumah...burrppp...alhamdulillah, kekenyangan sambil bumi di luar disirami hujan yang lebat...musim sekarang ni kalau tak hujan tak sah, tapi kalau hujan best jugak kerana selepas itu suhu menjadi tidak sejuk sangat...mungkin akibat air sejuk dalam undara telah dibawa ke bumi sebahagiannya....cuma tak mau kalau berjalan dalam hujan, sebab dah la basah...sejuk menggigit pula....akhirnya, masing2 menggigit bibir mengiyakan kesejukan badan...


ruang tamu rumah Mr. Aswat ni luas dan banyak mainan untuk awish menjarah...sesuai dengan bilangan anak member yang dah 5 orang....anak yang lahir di sini best, sebab dengarnya mendapat benefit (bantuan bulanan), dan kalau tak salah dibagitau oleh pakcik (tuan rumah) ialah £80 seorang...tak kira sama ada ibu bapanya ada pasport or PR British atau tidak...wallahu a'llam...bagusnya dalam ziarah kami ini, kami diikuti oleh mcik yah, papa ceria bila mcik kata dia nak ikut sehari sebelum tu...sebabnya, mcik yah suka balik awal..jadi tak la lama kami dipegang oleh Mr. Aswat sekeluarga hehee....setelah bertarik-tolak, akhirnya lepas maghrib kami dihantar ke tube station. Thanks Mr. Aswat & kak Yaya...semuge dimurahkan rezeki kerana menjamu kami!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin