bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, January 17, 2012

HaRRodS



ada lagi posting dari London...sementara berkemas tunggu nak berangkat tonite, lambat lagi...upload dulu kisah ke Harrods semalam, nantikan malas pula bila dah sampai Malaysia...mesti akan kena jet-lag semula untuk sesuaikan semula waktu tidur yang berbeza, mesti jam antara 8 am - 2 pm di Malaysia merupakan time mengantuk giler bagi kami kerana saat tidur di ukay (12 am - 6 am)...



semalam naik bas saja, no more tube sebab nak jimatkan pound yang ada dan habiskan baki-baki dalam oyster kad...oyster kad ialah kad yang diguna untuk naik bas, tube atau overground dengan cara touch saja kat panel yang disediakan, ia mudah dan murah daripada bayar tambang secara cash...sebab nak balik, nanti nak pulangkan balik kad ni dan boleh dapat 5 pound kembali hehee...mana tau nak shopping lagi kat duty-free di airport...



ni belang2 tajuk harrods tak citer pun lagi pasal harrods....okay, kat lower ground shopping mewah ni ada tugu peringatan untuk anak bos harrods ni dengan gemulah lady diana...budak dua orang ni asyik tengok dalam air di situ ada banyak syiling dicampakkan manusia...selalu ada kepercayaan pelik gini, nasib baik kami tak seluk ambil sepound dua hehee...



area yang paling suka di harrods ialah bahagian coklat or candy....macam2 jenis dan pelbagai bentuk...ada yang murah dan ada yang mahal....masa ni ada sale lagi sempena awal tahun baru, boleh la beli 3 dan bayar untuk 2 sahaja....boleh la wat bekal naik flite malam ni kalau2 budak2 ni meragam esp. si "yaakub" tuu....risau dan merisaukan...hopefully dia tidur lena tonite, dan nak biarkan dia main saja pagi dan tengahari ni biar kepenatan....easier nanti...



packing dah pun siap, rasanya tak seberat masa datang aritu...max 85 kg...semasa ni, ada auntie zana datang meraikan kami nak balik malam ni, thanks...jauh auntie datang daripada Ilford, 3 kali tube tukar dan 1 bas...seronok duduk di sini dan kenal beberapa komuniti Melayu di sini, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, mereka sangat mesra dan mudah mesra, serta banyak membantu kami....sehingga jumpa lagi, this year or next year...maklum la duit geran pun banyak tu hehee....tapi for reason la....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin