Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Friday, February 1, 2013
AnTALyA, TurKi
Seminar yang berjalan, dalam bentuk meja U. Seminar kali ini tak ramai yang datang, mungkin kerana musim sejuk sekarang yang tidak sesuai untuk jalan-jalan. Saya tak puas hati betul kalau presentation di-paste semua sekali word dalam powerpoint yang dibentangkan. Sepatutnya, hanya point yang power-power sahaja ditaip, supaya memudahkan audien anda. Paper ni dibentang oleh wanita dari Lebanon yang duduk depan laptop tersebut. Setentangnya adalah Muslim dari Israel. Rupanya ada orang Islam yang menetap di Israel. Pada masa pendaftaran, tercari-cari orang Malaysia yang lain, sebab dalam senarai pembentang ada beberapa orang....tup...tup jumpa seorang sahaja yang hadir. Beliau ialah Pen. Kanan HEA MRSM Pendang, yang baru habis PhD. So, selepas tu, banyak lepak-lepak dan jalan-jalan dengan beliau, at least dapat berbahasa dan saling ambik foto hehe...Most yang datang sini adalah dari negara Arab seperti Kuwait, Arab Saudi, Israel, Lebanon dan Turki sendiri. Ada juga dari US, Kanada, Korea Selatan dan Taiwan, rasanya itu saja.
Jalan-jalan di sebelah petang ke Antalya Old Town. Di Turki ni, banyak juga anjing yang berkeliaran dan dibela oleh orang-orang sini. Padahal 99% penduduk Turki adalah beragama Islam. Cuma akibat mereka yang berada berhampiran dengan Europe dan latar belakang Arab, maka keislaman mereka bercampur-baur...liberal dan too open.
Pemandangan cantik dengan kedai di tebing menghadap jalan masuk dari laut ke Kota Antalya.
Pantai Laut Meditteranean. Kelihatan pasirnya tidaklag putih, thats why signboard tulis, black sand beach hehee...dan yang tersergam besar di kiri itu adalah Hotel saya menginap, Rixxos...besar kan??
Ini landskap depan Hotel Rixxos, dengan pokok padang pasir dan air yang mendamaikan. Kalau duduk sini lama-lama, boleh la siap beberapa artikel hehee...tapi apakan daya, suhunya sejuk dan dingin sekali!
Ini pemandangan dari balkoni bilik hotel...perumahan di sini kelihatan seperti dalam tv mengenai rumah-rumah Yahudi di Gaza atau Tebing Barat. Memang tipikal rumah orang serupa gini kut...
jalan raya sekitar Antalya ni...luas beb!
Masjid yang terdekat dengan Hotel. Saya dan kawan dari Malaysia sorang lagi datang ke sini untuk solat maghrib-isyak, dan subuh. Seronok dengan situasi berbeza yang rata-rata bermazhab Hanafi. Diperhatikan, peranan bilal sangat hidup di sini iaitu ketika takbir perpindahan rukun solat, zikir selepas solat dan bilal ada tempat zikir khas di ruang belakang. Cuma yang kena kuatkan iman, ketika ambil wuduk...fehhh azab...air sejuk seperti ais dan terasa seperti menyerap ke jantung wooo....takde warm water langsung!
Kawasan perumahan sekitar masjid. Di sini semua flat/pangsapuri....dinner beli kebab kat sini, mamah dengan cili padi jeruk, ermmm best hehee...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment