bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, February 1, 2013

BLuE MoSQuE


Akhirnya, dapat tercegat di depan Blue Mosque. Masa ni dah petang dah, lebih kurang 5 pm...dah dekat nak maghrib iaitu lebih kurang jam 6.15 masa tu. Suhu semakin sejuk dan berbanding wilayah selatan (Antalya), Istanbul lebih sejuk. Selama di Istanbul, boleh dikatakan semua solat fardu dilakukan di Blue Mosque kerana suasana dan keindahannya bukan setakat pada gambar, tetapi juga pada ibadat yang wajib dilakukan lima waktu sehari semalam. Lebih-lebih lagi hotel yang dihuni berdekatan dengan Blue Mosque.



Ruang solat di dalam Blue Mosque. Luas tetapi kedudukan lampunya yang berselirat dan rendah memeprlihatkan seperti serabut. Apa pun solat tetap tenang. Di belakang sejuk, tetapi dalam 5-8 saf di depan, di ruang kaki makmum terasa hangat...rupanya ada heater di bawah karpet. Syukur. So selepas mula-mula ni, setiap kali solat sunat dan menunggu untuk solat...terus pergi duduk ruang depan hehee...maklum la suhu sejuk beb!



Corak bawah kubah Blue Mosque.


Tiangnya besar sekali...berapa pemeluk? teka...



Sisi lain Blue Mosque, ketika perjalanan dari hotel kami yang berada di belakang sini saja.



Sisi lain lagi Blue Mosque. Mendamaikan. Kena lepak atas rumput ni baca draf tesis student okay gak nim hehee...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin